Saturday, 12 December 2015

GAP SETUJU DENGAN PANDANGAN INI ( G25 WAJAR DIISTIHAR SESAT )


 Kumpulan G25, bekas penjawat awam Melayu yang kononnya profesional, berdepan risiko diisytiharkan sesat dan menyimpang daripada ajaran agama Islam jika terus menyebarkan fahaman liberal.
Penasihat agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin berkata pandangan tersebut berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan sebahagian mufti negeri yang tidak bersetuju dengan pendapat kumpulan bekas penjawat awam Melayu baru-baru ini.
“Golongan ini, kalau mereka menyebar luas pandangan, boleh diambil tindakan kerana menyalahi fatwa dan mufti mungkin boleh mengeluarkan fatwa.
“Kalau mereka menggugat, biarlah mufti mengeluarkan fatwa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan kumpulan G25 yang mahu hukuman khalwat dihapuskan dan undang-undang syariah disemak.
Dalam kenyataan yang sama, Abdullah turut menggesa kumpulan itu mengakui fahaman liberalisme mereka dan tidak bersembunyi di sebalik konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.
Katanya, kumpulan itu sebaliknya cenderung menganut fahaman liberalisme yang bertentangan dengan Islam.
“Fahaman mereka ini satu fahaman yang sangat bertentangan dengan Islam sebenar. Fahaman mereka sekarang sangat ekstrem liberalnya. Di Indonesia, mereka ini dikenali sebagai Jaringan Islam Liberal.
“Mereka ini menganut fahaman liberal, pluralisme dan macam-macam lagi idea yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya,” katanya.

2 comments:

  1. wassalam. Eden tak faham lah kito ni. Bil ado orang yang menyarankan sesatu tu nktu dipertimbangkan mengapo copet melatah? Why don't we study it first? Look at it in a positive way.

    ReplyDelete
  2. Suko berkhalwat ke yg ekau positive sgt ni? Pi tanyo mak abah kau diorang bagi tak kau bawak betino masuk bilik. Kalau mak abah kau setan mcm g25 ni mungkin la. Org melatah jgn dicucuk, kok hinggap polompang kat muko jgn marah yo

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.