Wednesday, 2 December 2015

KIT SIANG / GUAN ENG LIABILITI BESAR DAP MENUJU PRU 14.


dr boo cheng hau merupakan orang kuat dap johor. kuat bukan sekadar lelehan berceramah sebaliknya komitmen dan sikap beliau yang berusaha menjadikan dap alternatif kepada mca dan gerakan.

ada orang berkata dr boo ni lebih kurang tan seng giaw.

tan seng giaw merupakan ahli parlimen kepong dari dap. macamana kuli, begitu jugalah tan seng giaw.

tan seng giaw pernah bertanding kerusi dun di selangor pada awal pembabitannya.

resam gentleman politician, tan seng giaw amatlah jarang menimbulkan konfrontasi politikal di kalangan musuh.

agak sukar untuk mencari kejahatan tan seng giaw. jahat politik sepertimana yang kerap dimainkan oleh pimpinan lain dalam dap.

menyentuh isu sensitiviti dll.. dia kerap bercakap mengenai cubaan korektif dalam parlimen.

dalam politik perlu ada usaha sokongan dan cadangan tidak ketinggalan teguran.

kaedah tang seng giaw adalah berbicara dengan hemah dan menyeluruh. maka tidak menghairankan kiranya dia dihormati lebih besar jika dibandingkan dengan kit siang.

saat ini banyak portal pro dap menjalankan usaha mainan persepsi menyalahkan hj hadi dan pas dalam isu perpecahan pakatan rakyat.

sungguh tinggi mainan persepsi hingga yang salah dibetulkan dan betul pula dipersalahkan.

hakikat perpecahan pas adalah kerana pas enggan menurut kehendak dap.

bukan sekadar itu, trojan horse yang pelbagai dalam pas pun gagal dalam membentuk pas yang mengikut telunjuk kepada dap.

pas akan berterusan dipersalahkan dalam pecahnya pakatan bagi membentuk kekuatan parti alternatif pas, pan.

ini mainan mereka. ini mainan dap.

namun di kalangan penyokong pembangkang, jelas tindakan ini tidak boleh diterima dari segi semangat mereka menuju pru 14.

langit politik amat terbuka dari segi opinion.

opinion yang mempercayai kit siang dan guan eng membunuh semangat pakatan lebih besar dari bercerita mengenai alternatif parti pakatan harapan yang baru dibentuk.

jika kita meniliti luahan mereka, jelas kini kedapatan terdapat kerisauan besar sebilangan ahli dap melihatkan kebesaran kepala kit siang dan guan eng yang hampir menyamai saiz buah  tembikai.

besar kepala politik 2 beranak ini pada hakikatnya telah memecah belahkan keyakinan penyokong.

retaliasi atau tindakbalas di penang bilamana ahli mempersoalkan kekuatan akar umbi menyokong  guan eng memperlihatkan arah baru gerakan mahu menolak guan eng keluar dari penang.

retaliasi di penang bilamana ahli mahu anak tempatan menjadi ketua menteri penang pada pru 14 menunjukkan ketidakmahuan mereka dalam melayan karenah 2 beranak.

tindakan kit siang membunuh karktor dr boo di johor merupakan aksi yang tidak boleh diterima oleh majoriti ahli dap.

maka tidak mengejutkanlah kiranya dap penang mula berkira-kira untuk membuang 2 beranak bagi mengelakkan krisis keyakinan penyokong terhadap dap.

selang sehari tumbangnya dr boo di johor, dia ada menyebut mengenai tamsilan kit siang seperti rumah sakit soviet.

ini merujuk kepada stalin. seorang pemimpin gila kuasa namun paranoid terhadap orang sekelilingnya.

menjelang kejatuhan stalin, hasil paranoid luar biasa dan ketidak percayaan beliau pada orang sekeliling maka stalin telah membunuh dan memenjarakan hampir semua saudara ipar penasihat dan rakan demi mahu mengekalkan kuasa.

nampakkah persamaan konsep dan kaedah walaupun dalam situasi senario yang berbeza..

sama karektornya bilamana kit siang mematikan pencabar politiknya seperti lee lam thye, kerk kim hock dan kini dr boo cheng hau.

jalan selamat untuk dap... adalah membuang keluar kit siang dan guan eng dari hirarki parti.

bak kata pepatah cina... ikan busuk dari kepala.

UBAH yang terbaik untuk dap adalah UBAH kan kit siang dan guan eng ! INI KALILAH...!

1 comment:

  1. Najib pun liabiliti besar kepada UMNO dalam menghadapi PRU 14, itu blogger Gerakan Anti PKR tak mau komen ke?

    RM 2.63 bilion, sekejap derma kepada UMNO, lepas tu jadi derma kepada kerajaan pula, tapi tak ada hatta satu sen pun diserahkan kepada akaun UMNO atau akaun kerajaan, semuanya dijoli Najib sesuka hatinya dan dilarikan ke Singapura, macam maan boleh kata itu derma kepada UMNO atau kerajaan pula, sebab yang menjoli wang itu adalah Najib sahaja?

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.