Wednesday, 16 December 2015

MAT SABU MAKIN STIM :LEPAS SELANGOR YAKIN DITAWAN, PRU 14 PAN AKAN TAWAN KELANTAN PULAK !



Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN), kata Mohamad Sabu yang mendakwa wujud ramai penyokong dalam diam kepada parti serpihan itu. 

Presiden PAN itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan di negeri pantai timur Semenanjung itu mempunyai paling ramai golongan 'harumanis' di kalangan rakyatnya.


Istilah itu diambil sempena sejenis buah mangga, digunakan bagi menggambarkan ahli PAS yang menyokong PAN, yang ditubuhkan selepas puak progresif meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu.

Mangga harumanis hijau di luar tetapi oren di dalam, mencerminkan warna rasmi PAS, hijau, dan PAN oren.
Bercakap dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider, Mat Sabu menyeru mereka yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu di Kelantan, supaya tidak pergi kepada Barisan Nasional, tetapi memilih PAN dalam pilihan raya umum akan datang, jika marah kepada PAS sekalipun.

"Saya diberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat, PAS akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan kerana pelbagai sebab.

"Generasi kami dulu antara yang memenangkan PAS di Kelantan. Kami tidak akan izinkan ia jatuh ke tangan BN kembali.

"Kalau nak tolak PAS pun, pergilah kepada PAN, jangan bersama Umno," pinta bekas timbalan presiden PAS itu.
Kerajaan Kelantan dalam sejarahnya, hampir sepanjang masa diterajui PAS, kecuali untuk 1 tempoh pada 1980-an apabila ia diperintah BN.

Pilihan raya umum seterusnya dijadualkan pada 2018.

Bagaimanapun, pada masa ini, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan yang menyokong Amanah tidak mencukupi untuk membantu parti baharu itu menang di negeri itu dan membentuk kerajaan.

Sejak Amanah ditubuhkan beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap yang ia mendapat sokongan kira-kira 10 hingga 15 Adun negeri itu.

PAS memiliki 32 daripada sejumlah 45 kerusi DUN di Kelantan. Selebihnya dipegang BN (12) dan PKR (1).
Sehingga hari ini, tiada seorang pun wakil rakyat yang secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Amanah.

Penghalang utama mereka berbuat demikian ialah 'baiah talaq', iaitu aku janji yang isteri mereka akan tercerai secara automatik jika meninggalkan PAS.

Namun 2 ahli Parlimen PAS di Kelantan sudah pun meninggalkan parti itu. Mereka ialah wakil rakyat Kuala Krai Dr Mohamad Hatta Ramli yang menyertai Amanah, dan wakil rakyat Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR.

Dalam konvensyennya baru-baru ini, BN yakin dapat merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), sekali gus menebus maruah kekalahan parti itu pada 1990.

Keyakinan tersebut disuarakan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan mengambil kira faktor ketiadaan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kekecohan dalam PAS dengan kewujudan Amanah.

PAS bersendirian di bangku pembangkang kerana ia bukan sebahagian gabungan baharu Pakatan Harapan.

Di bawah pimpinan Nik Aziz, yang meninggal dunia 12 Februari lalu selepas mengidap barah, PAS merampas Kelantan daripada Umno pada PRU 1990 ketika ia bergabung dengan Semangat 46, di bawah Tengku Razaleigh Hamzah.

Pakatan itu berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan di negeri itu.

Nik Aziz, yang menyokong kerjasama dengan parti lain di bawah Pakatan Rakyat dan menjadi penyuluh kepada PAS dalam banyak perkara kontroversi sebelum ini, meninggalkan kesan besar kepada parti itu, bukan saja di Kelantan bahkan seluruh negara.

4 comments:

  1. Baruah2 DAP.......

    ReplyDelete
  2. Dalam akhbar Singapore Straits Times pada Isnin lepas,14th December 2015 wartawan Reme Ahmad keparat terlalau puji sangat kegagahan TPM Ahmad Zahid Hamidi. Menurut pandangan si wartawan buta tuli ni ahli UMNO semua mengharap tinggi menggunung TPM Ahmad Zahid Hamidi akan dinaikkan pangkat jadi PM Malaysia akan datang.
    1. Berbeza dengan apa yang aku dengar dari TV3. Majority ahli menaikkan semangat besar terhadap PM D S Najib. Mereka ahli UMNO semua memuji kekentalan semangat PM D S Najib menangani masa’alah kemelut dalam UMNO.
    2. Reme Ahmad menempelak PM D S Najib menyeret skandal 1 MDB, bertubi-tubi, memesongkan persepsi rakyat terhadap PM D S Najib yang masih tabah dan gagah menangani masa’alah itu serta fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pengkhianat.
    3. Reme Ahmad tidak akan boleh dapat “Anugerah Singaporean Straits Times Awards 2015” walau macam mana buruk pun Reme Ahmad melemparkan persepsi PM D S Najib.

    Siapa yang dapat anugerah itu?
    Orang Melayu yang dapat Anugerah “Singaporean Straits Times Awards 2015” adalah seorang wanita Madam Norliza A. Mansor berumur 50 tahun, promoter jual cadar dekat Toa Payoh.
    Apa jasa yang Noliza buat ?
    1. Dia bersihkan TAIK Encik Tan berumur 76 tahun, pesakit dementia atau ‘nyanyuk’. Madam Norliza pakaikan seluar dalam dia, hantarkan makanan ke rumah Encik Tan sehingga dia dimasukkan ke umah sakit Tan Tock Seng.
    2. Begitulah hebatnya kalau orang Melayu nak dapat anugerah Singapore Straits Times, bukan macam Reme Ahmad, kau tulis lah pelabagai cerita borak, tapi tak akan dapat anugerah SST. Melainkan Reme Ahmad cucikan kotoran taik badan orang tua cina.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.