Monday, 7 December 2015

PERANG PAS VS PAN MEMUNCAK ! MAT SABU DAKWA HJ HADI KERAP JUMPA SYIAH ??



Tindakan sesetengah pihak melabelkan beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Syiah hanya kerana mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari golongan itu, harus ditolak, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Ini kerana, katanya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri merupakan orang yang paling banyak bertemu ulama Syiah, memandangkan beliau menganggotai Jawatankuasa Takrib Minal Mazhab (Merapatkan Hubungan Antara Mazhab) yang diasaskan Iran.


Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, di kalangan tokoh PAS, Hadi paling kerap bertemu ulama Syiah terutama ulama besar Iran, Ayatollah Mohammad Ali Takhiri.

"Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan Tashkiri, bahkan Ali Khamanei (Sayyed Ali Hosseini Khamenei, pemimpin utama Iran)," kata bekas timbalan presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

"Mereka sering bertemu di majlis terbuka dan juga majlis tertutup. Tiada pula orang tuduh Hadi sebagai Syiah," kata Mat Sabu.

Beliau menjawab kenyataan yang melabelkan penasihat utama Amanah, Ahmad Awang dan timbalannya Abdul Ghani Shamsudin, sebagai Syiah, kerana dikatakan sering bertemu ulama daripada kumpulan itu.

Tuduhan itu dibuat sesetengah pihak berdasarkan gambar kedua-duanya bersama ulama Syiah baru-baru ini.
Mat Sabu berkata, Hadi sekurang-kurangnya akan bertemu dengan pemimpin Syiah Iran setahun sekali untuk bermesyuarat.
"Ketika dalam PAS, saya pernah bersama (Hadi). Bahkan Nasrudin Hassan (ketua penerangan PAS) juga kadang-kadang mengiringi presiden PAS itu ke sana.

"Selain wakil PAS, ulama dari Ikhwanul Muslimin juga ada," kata Mat Sabu.

Selain Takrib, Hadi juga bertemu ulama Syiah dalam Jawatankuasa Palestin yang juga dianjurkan Iran dan mengadakan persidangannya di Tehran.

Menurut Mat Sabu, beliau sudah lali dengan pelbagai tuduhan, termasuk sebagai Syiah dan juga bapa komunis, ekoran pertemuan beliau dengan pemimpin mereka.

"Ada yang tuduh saya bapa komunis hanya kerana saya jumpa Rashid Maidin dan membela Mat Indera. Ini tak betul," katanya merujuk bekas pemimpin komunis.


"Kita boleh kritik presiden PAS kerana kenyataan dia, pendapat dia dan seumpamanya, bukan kerana dia bertemu dengan siapa, dan terus menghukumnya," kata Mat Sabu.

4 comments:

  1. Boleh tak supaya jangan layan Mat Sabu ni??
    Dia ni bukannya cerdik sangat
    makin dilayan makin terserlah perangai kebudak budakannya..

    Tak perlu nak promote dia secara tak langsung
    biarkan sahaja dia dengan lawak jenakanya
    sikit hari lagi dia pasti hilang ditelan masa
    dia hanya digunakan sahaja kerana dia itu baghal DAP
    depa lantik dia jadi ketua supaya boleh sedut duit dari geng tokong !!!

    ReplyDelete
  2. Ooo..orang hukum kau tak bolehlah? Kau hukum dan tuduh orang itu ini boleh lah?

    ReplyDelete
  3. selalu jumpa mantan timbalan yg syiah

    ReplyDelete
  4. Apa2 pun, PAS n PAN sama saja.
    2-2 kaki pening..
    satu suka U- Turn, lg satu suka masuk round about..pusing2..
    UMNO pulak dh jadi parti Bangla..milik Najibul..

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.