Thursday, 3 December 2015

PERSEMPADANAN KERUSI DUN SARAWAK LULUS DI PARLIMEN. MACAM BIASA NGOK NGOK MEROYAN.


setelah hampir 6 bulan SPR menjalankan proses persempadanan semula kerusi dun di sarawak, akhirnya segala proses mengikut aturan dan prosedur yang mengikat undang-undang ini telah diluluskan di parlimen.

pertambahan kerusi ini akan menyaksikan 11 kerusi dun baru akan dibentuk.

harus difahamkan SPR punyai kuasa untuk menentukan sebarang persempadanan semula kiranya negeri itu sudah lama tidak melakukannya.

faktor kawasan penduduk, pertambahahan penduduk, luas kawasan antara segelintir faktor yang memerlukan proses persempadanan semula perlu dilakukan.

semenanjung pernah dilakukan satu proses besar-besaran persempadanan semula selepas pru 1999.

sarawak yang punyai keluasan negeri yang besar memerlukan persempadanan semula bagi memudahkan faktor kebertanggungjawapan dan komunikasi antara adun dan rakyat yang dipilih dipermudahkan.

ada dun di sarawak luas kawasannya sebesar negeri pahang.

bagaimana praktikal untuk seorang adun berkhidmat pada komuniti yang melata duduknya.

SPR telah menjalankan proses ini mengikut setiap inci peruntukan undang-undang yang mengkehendaki dan dikehendaki.

turun masuk mahkamah, pameran nama dan segalanya telah dilakukan.

semalam parlimen melulus proses persempadanan semula di sarawak.

NGOK-NGOK bersih tak payahlah nak spin proses ini un demokratik.

jika SPR melakukan persempadanan semula dan pertambahan kerusi berlaku di negeri pemerintahan pembangkang, kita nak tengok jugak NGOK bersih ni membantah dan spin...

amacam... ada bran ?

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.