Monday, 7 December 2015

STOPA ALI TIBAI MAT SABU..



Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah strategi DAP untuk terus memburukkan parti berkenaan.


Ini kerana, menurut bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berdasarkan sumber dalaman, kenyataan tersebut sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pimpinan utama AMANAH sekali gus tidak mendapat restu mereka.

“Ketika ini, Mat Sabu (panggilan lazim untuk Mohamad) dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding AMANAH yang dia sendiri sudah sedar telah kehilangan steam dan momentum setelah hanya beberapa bulan ditubuhkan.

"Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian mereka yang masih menyokong PAS,” kata Mustafa dalam satu kenyataan petang ini.

Kata Mustafa, DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Justeru, Mustafa mendakwa Mohamad cuba mengaitkan PAS dengan IS untuk menakutkan pengundi Cina.
Keadaan itu, katanya, ditambah pula dengan khabar angin bahawa Mohamad sudah mendapat jaminan Lim untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, sama ada di bawah parti AMANAH atau DAP.

“Ini kerana Mat Sabu sedar bahawa kedudukannya sebagai Presiden AMANAH goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dan golongan ini tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latar belakang yang diketahui umum.

“Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi persepsi umum sudah melihat AMANAH tidak lebih dari proksi DAP,” tegas Mustafa.

Oleh itu, katanya, walaupun tuduhan itu berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS.


Sebaliknya, tegas Mustafa tuduhan Mohamad itu hanya akan mengesahkan pandangan rakyat bahawa AMANAH dan pemimpin mereka adalah proksi DAP sebagai satu realiti.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.