Sunday, 20 December 2015

TAMBAH PENGUNDI MELAYU : IDE BERNAS TERBAIK BEKAS PENGERUSI SPR !


Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Tan Sri Abdul Rashid Rahman menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengunapakai kaedah pendaftaran secara automatik bagi rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas, demi meningkatkan jumlah pengundi Bumiputera.
Beliau berkata langkah itu akan membantu mengimbangi undi bukan Bumiputera, terutamanya di kawasan bandar di mana ramai orang Melayu dan penganut agama Islam masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Abdul Rashid yang juga bekas Pengerusi SPR mengambil contoh jumlah pengundi Bumiputera yang kecil berbanding jumlah pengundi kaum Cina di Kuala Lumpur meskipun membentuk jumlah penduduk majoriti.
“Di Kuala Lumpur, pengundi orang Melayu dan Bumiputera sepatutnya 44 peratus berbanding dengan 43 peratus pengundi Cina.
“Namun, hanya 36 peratus daripada pengundi di sana berbangsa Melayu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Wiranita Perkasa Malaysia bersempena Persidangan Agung Perkasa Malaysia 2015, pada Sabtu di ibu negara.
Abdul Rahman berkata, peningkatan pengundi Melayu dan Bumiputera berupaya menjaga hak dan keistimewaan golongan itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Tambahnya, perangkaan semasa menunjukkan kira-kira tiga juta pengundi Melayu Bumiputera ‘hilang’ daripada senarai pengundi kerana mereka masih belum mendaftar.
“Mengikut anggaran, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, pengundi Melayu akan meliputi 71 peratus daripada jumlah pengundi sekaligus mendominasi pilihan raya.
“Pada pilihan raya lalu, kita kekurangan tiga juta pengundi yang layak tetapi tidak mendaftar dan daripada angka itu, 2.4 juta adalah Melayu yang mempunyai peluang untuk mengundi pada pilihanraya kali ini.
“Peningkatan populasi pada tahun ini, kira-kira 1.6 juta pengundi Melayu akan menjadikan kita mempunyai 3 juta Melayu secara keseluruhan bagi pilihan raya akan datang,” jelasnya.
Beberapa tahun dahulu, pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 pernah mencadangkan pendaftaran pengundi secara automatik tetapi ditolak pemerintah.
Abdul Rahman bagaimanapun yakin Perkasa dapat memujuk SPR untuk melakukannya pada kali ini.
Beliau juga akui SPR bekerja keras untuk memastikan pengundi terutamanya orang Melayu mendaftar tetapi mungkin kaedah yang digunakan harus dikaji semula.
“Kaedah ini (pendaftaran automatik) diperlukan dalam situasi semasa memandangkan kaedah pujukan lembut tidak berjaya.
“Ia adalah mudah, mereka (SPR) hanya perlu meminda beberapa peraturan dan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). (Lagipun) Mereka sudah sedia mempunyai senarai para pengundi,” katanya.

4 comments:

  1. Sokong sangat-sangat saranan Tan Sri Abdul Rashid Rahman sebab memang ramai anak-anak muda Melayu walaupun sudah berumur 25 - 30 tahun tetapi belum pernah mengundi. Alasan mereka adalah kerana tidak tahu mana nak mendaftar sebaliknya orang Cina sudah giat mendaftar anak-anak mereka semenjak lebih 4 tahun dahulu lagi. Sehingga kini mereka sudah ada lebih dari 350 ribu penggundi baru.

    Bukannya mudah untuk mengubah sikap dan pendirian orang-orang Melayu supaya menggalakkan anak-anak muda Melayu mereka untuk meluangkan sedikit masa mereka untuk daftarkan diri sebagai pemilih sebenarnya, sehinggakan tanggung jawab itu terpaksa melibatkan agensi dan NGO Islam yang berkenaan. Sekiranya pendekatan yg dicadangkan Tan Sri Abdul Rashid Rahman tidak ditangani secara serius usah terkejutlah pada PRU14 nanti kita bolih tewas di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  2. Sokong sangat-sangat saranan Tan Sri Abdul Rashid Rahman sebab memang ramai anak-anak muda Melayu walaupun sudah berumur 25 - 30 tahun tetapi belum pernah mengundi. Alasan mereka adalah kerana tidak tahu mana nak mendaftar sebaliknya orang Cina sudah giat mendaftar anak-anak mereka semenjak lebih 4 tahun dahulu lagi. Sehingga kini mereka sudah ada lebih dari 350 ribu penggundi baru.

    Bukannya mudah untuk mengubah sikap dan pendirian orang-orang Melayu supaya menggalakkan anak-anak muda Melayu mereka untuk meluangkan sedikit masa mereka untuk daftarkan diri sebagai pemilih sebenarnya, sehinggakan tanggung jawab itu terpaksa melibatkan agensi dan NGO Islam yang berkenaan. Sekiranya pendekatan yg dicadangkan Tan Sri Abdul Rashid Rahman tidak ditangani secara serius usah terkejutlah pada PRU14 nanti kita bolih tewas di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  3. ikut macam singapore.. sampai umur 21 secara otomatik wajib undi.. kalau tak undi kena compound kalau nama nya tidak mahu di blacklist. Pemimpin Melayu yang berkuasa masih masih zzzzzz... sebab dah complacent dengan support yang di terima dari pengundi melayu selama ini.... kalau dah kalah nanti baru mereka akan sedar...masih belum sedar pentingnya undi..
    yang anak2 melayu ni yang tak register pun sangat BODOH tak nak ambil tahu...hanya taju merempit, hisap vape(90% yang hisap vape anak2 melayu) , hisap rokok, enjoy ... mereka ini memang BODOH kalau dibandingkan dengan anak Cina , maka UMNO harus pastikan undi itu otomatik bila sampai umur 21... macam PLKN kenapa kerajaan tahu cari mereka dan pastikan mereka masuk khidmat PLKN? Kerajaan melalui pendaftaran surat beranak atau sekolah boleh track mereka dan pastikan mereka ini undi !!

    ReplyDelete
  4. ikut macam singapore.. sampai umur 21 secara otomatik wajib undi.. kalau tak undi kena compound kalau nama nya tidak mahu di blacklist. Pemimpin Melayu yang berkuasa masih masih zzzzzz... sebab dah complacent dengan support yang di terima dari pengundi melayu selama ini.... kalau dah kalah nanti baru mereka akan sedar...masih belum sedar pentingnya undi..
    yang anak2 melayu ni yang tak register pun sangat BODOH tak nak ambil tahu...hanya taju merempit, hisap vape(90% yang hisap vape anak2 melayu) , hisap rokok, enjoy ... mereka ini memang BODOH kalau dibandingkan dengan anak Cina , maka UMNO harus pastikan undi itu otomatik bila sampai umur 21... macam PLKN kenapa kerajaan tahu cari mereka dan pastikan mereka masuk khidmat PLKN? Kerajaan melalui pendaftaran surat beranak atau sekolah boleh track mereka dan pastikan mereka ini undi !!

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.