Monday, 28 December 2015

TERKINI PEREBUTAN KERUSI DI KALANGAN PEMBANGKANG


sebulan lepas, pas johor ada keluar kenyataan untuk berfikir-fikir bertanding kesemua 58 kerusi dun di johor pada pru 14.

kemudian ianya disahuti oleh pas kelantan, trengganu dan beberapa kawasan yang pas SERAHKAN pada rakan atas nama pakatan rakyat.

semua ni berpunca daripada movement dap yang secara terbuka akan bertanding di kawasan dun yang ditandingi pas di selangor.

tony pua kata dap akan kacau 8 kerusi pas di selangor.

lebih mengujakan, pabila jijah kipas lipas dakwa pas takde pengaruh di sarawak, jadi tak payah bertanding lah banyak kerusi.

semalam 


Pas Kawasan Bentong memilih untuk bertanding dua atau tiga kerusi di bawah Parlimen Bentong pada pilihan raya akan datang. 


Yang Dipertua Pas Bentong, Abd Hamid Bahatim berkata, berbanding PRU13 lalu, mereka hanya bertanding di kerusi Dun Pelangai dan pernah berebut kerusi Parlimen Bentong. 

Pada pilihan raya umum akan datang katanya, mereka menyasarkan untuk bertanding lebih dari satu kerusi. 
“Bagaimanapun, keputusan terbabit masih dalam peringkat perbincangan,” katanya. 

Menurutnya, keputusan untuk bertanding lebih dari satu kerusi terbabit diambil kira dari sokongan pengundi Bentong yang rata-ratanya telah memilih untuk menyokong pembangkang. 

“Pada pilihan raya umum lalu, kita lihat rata-rata pengundi di Bentong mula beralih arah memilih mengundi pembangkang terutama pengundi kalangan kaum Cina. 

“Kami percaya mereka yang telah mengundi pembangkang ini sudah tidak mahu bersama kerajaan dan akan terus menyokong pembangkang pada masa akan datang,” katanya. 

Menurutnya lagi, Pas Kawasan Bentong menyasarkan untuk bertanding di kerusi Sabai dan Ketari selain Pelangai. 

“Kami melihat kepada populasi pengundi di ketiga-tiga Dun terbabit yang mana rata-rata pengundi adalah Melayu. 


“Namun begitu, keputusan bertanding di Ketari masih lagi di tahap 50-50,” katanya. - SH

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.