Saturday, 2 January 2016

2016 PARTI PAN PECAH 3 : PAN SYIAH, PAN JIM, PAN PROFESIONAL ???


Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin kononnya parti itu mengalami krisis kepimpinan ketika ini.

Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerjasama di antara kepimpinan tertinggi Amanah ketika ini sangat kuat bagi memastikan parti terus maju ke hadapan.

“Kami (kepimpinan tertinggi Amanah) tidak ada masalah (krisis kepimpinan), kami sedang bergerak maju dan laju,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, tersebar di media sosial kononnya ada gerakan untuk menjatuhkan presiden Amanah, Mohamad Sabu apabila wujud tiga kumpulan iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Syiah dan kumpulan profesional dalam parti itu.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tidak tahu menahu wujudnya gerakan menjatuhkan presiden parti, malah enggan melayan sebarang tuduhan yang tidak mempunyai asas.

“(Gerakan menjatuhkan presiden) Bagaimana saya nak komen sesuatu perkara yang saya sendiri tidak dengar dan sumbernya tak tahu dari mana, jadi sukar untuk saya menjawabnya,” katanya.

Mujahid berkata, fitnah jahat tersebut hanyalah sengaja dilakukan pihak tertentu yang cemburu dengan penerimaan luar biasa rakyat terhadap parti Amanah ketika ini.

4 comments:

  1. Cemburu?
    Kah kah kah . Lawak awal tahun.

    ReplyDelete
  2. MASING2 NAK JADI PM. MAKLUMLAH ADA ABANG BESAR SUPPORT. ABANG BESAR ADA BETTY JI BA BAN. DUIT PUN BESAR....

    ReplyDelete
  3. Satu lagi tuan PAN**T. I am Sorry.......

    ReplyDelete
  4. Pan yg pilot 747 ada tak? Faction pan747

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.