Tuesday, 19 January 2016

APA YANG PAS PERLU LAKUKAN ? JAWAPAN GAP PAS WAJIB HAPUSKAN DAP, PAN DAN HATI-HATI DENGAN PKR !


saat ini pas masih dilihat delusi. kepala politik mereka masih di awang-awangan dan terkapa-kapai mencari jawapan pada setiap persoalan.

ada soalan nak buat apa ?
ada soalan macamana ?
ada soalan di mana perlu bermula ?

saat ini aku melihat pas seperti singa yang perasan dirinya kucing.

pas tidak ketahuan akan kekuatan sendiri. pas seperti tidak ketahuan mengenai fokus jangka pendek dan panjang.

ada beberapa cadangan wajib yang gap mahu pas ketahui.

pandangan ini adalah pandangan luaran yang seharusnya sanggup di baca oleh pemain politik seperti pas.

PERTAMA..

muktamadkan pendirian dan perkiraan politik.
musuh nyata dan terbaru pas adalah dap, pan dan pkr.

pemuktamadan pendirian ini amat penting untuk pas kerana secara jelas dan terbuka dap yang menjadi dalang perpecahan parti pas yang selama ini mereka tak pernah jangka.

kenyataan berkali-kali mat sabu presiden pan mengenai perlunya pas ditentang seharusnya membuka pandangan pemimpin dan ahli pas bahawa inilah dia musuh politik yang nyata.

2 hari lepas parti demokratik di taiwan mencatat sejarah apabila berjaya membentuk kerajaan taiwan dan menewaskan parti kuomintang yang pro dasar china.

keputusan ini mencerminkan iltizam masyarakat taiwan untuk lari dan tidak terpasung lagi dengan dengan tanah besar.

ini signal adalah contoh penting bagaimana minoriti mampu kukuh dan menumbangkan majoriti.

dalam politik, TETAP PENDIRIAN merupakan instrumen penting untuk mendapat kepercayaan pengundi.

di kalangan politik pembangkang, pas sudah menjadi minoriti dan di persiskan sebagai punca segala kehancuran kekuatan pakatan.

sedangkan hakikat  tidak mencerminkan situasi sebenar.

pas dianiayai oleh dap kerana pas enggan menurut perintah dap.
pas dikhianat bekas pimpinan sendiri.

pas harus bangkit untuk membersihkan nama mereka di kalangan mata penyokong pembangkang.

jalan terbaik adalah istihar lawan dap dan pan.
jalan terbaik adalah bersihkan nama pas semula.


KEDUA...

 menghidupkan semula roh markas taman melewar.

kesilapan besar pas adalah meninggalkan roh perjuangan taman melewar. markas taman melewar pas adalah seumpama PWTC untuk perjuangan umno.

pas dan umno adalah seteru politik pasang surut . ini hakikat. masa hadapan kita tidak pasti. perpaduan antara parti masih lagi dalam konteks yang subjektif dan terlalu kompleks.

walau bagaimanapun inisifatif mengurangkan jurang politik kuno sudah mula menampakkan bibit persefahaman. tiada salah untuk bersetuju dan tiada salah untuk tidak bersetuju.

pas selama puluhan tahun menggunakan taman melewar untuk melanyak umno dan bn. dalam politik ini dinamakan demokrasi.


taman melewar pemangkin kebangkitan semangan ahli pas. di situlah tempat ceramah, di situlah pusat mesyuarat, di situlah sola hajat, di situlah kepelbagaian majlis dianjur pas bagi mengukuh kesepakatan.

setelah menang 2008, taman melewar pas tinggalkan.

bini pertama di cerai dek mengejarkan bini ke dua anak dara muda. itulah sifat mudah lupa pas. pertemuan di kalangan ahli pas semakin merata lokasinya lantas menghilangkan semangat perjuangan dahulu.

pas selepas menang lebih selesa dengan empuk kerusi berhawakan angin dingin, tak mahu lagi berpeluh.

sedangkan dahulu inilah tempat ahli pas bersatu berjuang memperjuangkan matlamat politik mereka.

dap dan pkr amat berhutang dengan pas. di taman melewarlah proses doktrinasi dan neutralisasi opinion politik terhadap dap/pkr berjaya di positifkan.

pas merelakan segalanya untuk dap dan pkr.
kini 2 parti ini yang menikam semula pas.

PAS ... SARANAN GAP HARUS MEMULAKAN LANGKAH SEMULA UNTUK MENGEMBALIKAN PERJUANGAN ASAL.

JIKA DAHULU TAMAN MELEWAR DIGUNA UNTUK MELANYAK UMNO, MAKA SEWAJIBNYA KINI PAS MENGGUNAKAN TAMAN MELEWAR UNTUK MENGGANYANG MUSUH POLITIK NYATA DAN TIDAK NYATA  DAP/PAN DAN PKR !

KETIGA...

pas harus berhati-hati dengan munafik politik mainan pkr.

jelas di selangor, kemasukan 10 ahli majlis PBT parti pan yang diizikan pkr mencerminkan sikap pkr yang sengaja untuk melekakan pas untuk dilagakan dengan pan.

2 comments:

  1. Perbezaan pendirian antara Melayu dgn Cina..

    Cina Benci Cina Bantai Melayu...

    Melayu Benci Cina Bantai Melayu....

    Fikir Fikir lah....

    ReplyDelete
  2. Seterusya..,
    Haji Hadi kena keluarkan senjata ampuhnya yang boleh berlanjutan sehingga 7 keturunan..Iaitu dengan mengeluarkan fatwa yang menyatakan DAP, PAN dan PKR itu kafir!.
    Lagipun, Hj Hadi dah pernah fatwakan UMNO itu kafir dan keberkesanannya terbukti..
    Ada berani..?

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.