Thursday, 7 January 2016

AZMIN MELAGAKAN PAS DAN PAN DI SELANGOR ???


isu peruntukan kerusi ahli majlis PBT selangor.

pada 1 januari, kesemua pemegang kerusi ahli majlis tamat kontrak. asas perkiraan awal , semua parti termasuk pkr dap dan pas punyai kedudukan sama di setiap majlis .

pas sudah berpecah 2. pas dan pan.

malah di selangor sudah terbentuk 2 gabungan parti memerintah.
satu namanya pakatan rakyat merangkumi pas dan pkr.
satu lagi pakatan harapan merangkumi pkr dap dan pan.

isu di sini timbul bilamana pan mendesak diberikan peruntukan kerusi majlis.
mereka dapat 8 dan dikabarkan 8 kerusi ini hasil pengorbanan pkr dan dap.

ini perkiraan matematikal jangka pendek.
azmin pandai berkira-kira.

berkira-kira mengenai masa depan politiknya untuk jangka pendek dan panjang.

memberikan pan 8 kerusi dilihat cubaan azmin meredakan keresahan pimpinan pakatan harapan di peringkat pusat yang mahu dan beria mahu pas di side line kan ... once n for all.

namun mengorbankan kerusi majlis pkr diberikan kepada pan, azmin juga berkira untuk tidak dilihat merampas hak pas yang panas hati dengan kehadiran pan.

tindakan azmin mengundang masuk pan boleh dibaca motif nya.

ini persoalan rentap kerusi.
ini persoalan peruntukan kerusi terbanyak.
senang cerita ianya  perkiraan jangka panjang azmin menuju pru 14.

tindakan azmin mengiktiraf musuh pas iaitu pan, adalah tindakan cubaan melagakan antara dua parti.

pkr dilihat mahu terus mendominasi peruntukan kerusi pru dun di selangor pada pru 14.

membawa pan masuk ke selangor, maka status quo sedia ada pas dalam bertanding kerusi dun akan terpaksa direbutkan pula dengan pan.

pas lawan pan perihal perebutan kerusi dun.
kedudukan pkr dilihat nampak selamat dan tak terusik.
ini game azmin.

sekali lagi... pas yang nampak hero tapi sebaliknya untuk jangka masa panjang... pas kena !


1 comment:

  1. Nak tunggu sampai bila Pas kena kencing oleh PKR, DAP dan x-DUN Pas? PAS mempunyai sokongan yang kuat di Selangor dan beberapa negeri lain. Tak kan PAS nak boarkan kedudukan PAS di Selangor di main2kan oleh PKR dan DAP? Sudah "mati pucuk" ke PAS Selangor? Cari lah jalan untuk tumbangkan kan DAP dan PKR, ambil alih kerajaan negeri dengan UMNO/BN. Fikir2 lah....PAS jangan menyesal apabila PKR dan DAP akan hapus PAS dari Selangor dan semua negeri.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.