Monday, 25 January 2016

DILEMA IBUBAPA BANGSA CINA TERHADAP MASA DEPAN PELAJAR SJKC..


perkara ini takkan keluar dalam web portal pembangkang.

cerita benar luahan ibubapa berbangsa cina terhadap masa depan anaknya di sjkc.

aku petik antara luahan dia..

point 1

kebanyakan budak darjah 4 sjkc tak cemerlang dalam pelajaran bahasa melayu.

ini kerana bahasa pengantaraan antara cikgu dan murid terlalu diberatkan dengan perbualan bahasa ibunda sendiri.

jadi ibu bapak ni terpaksa tambah kos untuk anak dia belajar tiusyen bahasa melayu di luar.

point 2

tambah luahan ibubapa ni, anak cina di sjkc dari kecik diberatkan dengan kebanggaan budaya sendiri, hingga gagal untuk memahami basic atau asas budaya melayu .

point 3

sistem pendidikan cina memang menganggap bahasa melayu penting, namun perlaksanaan untuk dipratikkan tidak dijadikan amalan.

point 4

tambah beliau, sistem pengasingan ini menyebabkan pelajar sjkc gagal untuk bercampur dengan kaum lain di peringkat awalan persekolahan yang akhirnya menjejas dan menjarakkan hubungan di antara mereka tatkala mereka membesar.

point 5

menarik lagi bila ibubapa ni menulis...

bila dia periksa contact number hp list dia, hampir kesemua nya adalah orang cina.

betapa teruknya dia rasa pasal dah dalam keadaan berusia ini, dia masih takde kawan rapat dari kaum lain.

inilah antara intipati alihbahasa luahan ibu bapa pelajar sjkc yang dipetik dari portal online guagmingdaily.com

pandangan aku memang jelas tiada integrasi dalam pendidikan yang melibatkan sjkc berbeza dengan pelajar melayu,cina india yang masuk sekolah kebangsaan.

hingga ke hari ini, hubungan aku dengan pelajar bangsa cina dan india dari sekolah menengah aku masih terus bertaut...

kitorang selalu kutuk mengutuk kerana ini adalah perkara biasa bagi melayu cina india yang pernah belajar di sekolah kebangsaan.

kutuk perkara biasa bagi kami, kerana selain kutuk mengutuk dan puji ia melambangkan sikap toleransi tinggi bekas pelajar yang pernah masuk sekolah campur...inilah yang merapatkan hubungan antara kaum.

hubungan mesra melayu cina india hasil persekolahan di sekolah campur sukar didapati di sjkc...

5 comments:

  1. Nak buat camna, sekolah wawasan yang berkongsi kemudahan agar ada interaksi antara kaum pun bersungguh-sungguh bantah.

    Bila dah besar interaksi antara kaum yang ada adalah dengan tujuan mengambil kesempatan untuk keuntungan diri sendiri secara menipu dan menindas.

    ReplyDelete
  2. akesalahan hendaklah di pertanggungjawabkan di bahu pemerintah yang mencipta system persekolahan yang ada sekarang.
    Seruan perpaduan dan keharmonian hanya bunga-bunga bahasa para pemimpin.(untuk menjaga perolehan undi pilihan raya)Hakikatnya system yang ada adalah asas kepada perpecahan dan perkauman dalam jangka panjang.
    Jangan menipu diri sendiri. Hiduplah dalam dunia hakikat.Apakah dengan syastem yang ada sekarang perpaduan dan keharmonian antara kaum betul-betul telah wujud dan kukuh kewujudannya? Kalau jawapannya ya, maka teruskan system yang ada ini.
    Tetapi kalau "tidak" maka kamu sebagai para pemimpin wajib berbuat sesuatu mulai sekarang tanpa ragu dan takut-takut.Serapkan SJK kedalam SK atau SK kedalam SJK. Mana satu pilihan anda?

    By: Cikgu "S"

    ReplyDelete
  3. selagi bahasa melayu masih disebut dan digunakan sebagai bahasa perantaraan, maka selama itulah bahasa tersebut sangat susah untuk dikuasai oleh rakyat malaysia yang bukan keturunan melayu. dalam perlembagaan ada disebut bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa malaysia, tetapi dalam bidang akademik, bukan bahasa malaysia yang digunakan, tetapi bahasa melayu. mungkin agak janggal persoalan yang saya kemukakan ini. apa beza bahasa melayu dan bahasa malaysia? dari segi ilmiahnya sama tetapi dari segi psikologinya amat berbeza. keturunan cina dan india tidak akan rasa gembira mempelajari bahasa melayu kerana itu adalah bahasa ibunda orang melayu. melainkan jika kita menggunakan bahasa malaysia, kerana bahasa malaysia adalah bahasa untuk semua warganegara malaysia berinteraksi. akan kedengaran nanti orang melayu melalak mengatakan, penukaran bahasa melayu kepada bahasa malaysia akan menghilangkan jati diri melayu kerana bahasa ibundanya telah dimalaysiakan. apa masalahnya? adakah dengan memalaysiakan bahasa ibunda orang melayu itu sendiri akan merugikan orang melayu dan malaysia keseluruhannya? kenapa cina, india dan keturunan asing di amerika boleh bertutur dengan lancar menggunakan bahasa amerika? sebab bahasa inggeris telah diamerikakan. tolonglah orang2 akademik dan sastera melayu di malaysia, janganlah anda semua tamak dan kedekut sehingga nasib bahasa malaysia ini umpama nasi basi dikalangan rakyat malaysia bukan melayu. mereka rasa agak janggal menuturkan bahasa perantaraan yang menafikan diri mereka sendiri sebagai rakyat malaysia kerana namanya bahasa melayu, bukan bahasa malaysia.

    ReplyDelete
  4. GAP boleh ulas psl link blog bawah? Ni betul2 efek terhadap melayu Islam

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.my/2016/01/i-say-ts-zeti-here-is-your-letter-dah.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Anon 1813.
    Ko ni merepek apa setan? Perlembagaan mention terang dan jelas kedudukan BAHASA MELAYU. Kecuali ko baca perlembagaan uganda. Lagi satu aku x penah dengar pulak bahasa amerika. Cuba ko bg pencerahan nak jgk aku tau bunyi bahasa amerika tu mcm mana. Yg setau aku org amerika pun ngaku dia ckp english walaupun mungkin slang dan dialek mereka agak berbeza dgn english kat uk. Tu menunjukkan mereka sedar asal usul mereka dr uk. Walaupun dr segi sejarah ada konflik sbb org yg asal uk dok us zaman dulukala smp perang n dpt kemerdekaan dr empayar british. Xde plak ada cerdik pandai kat us mandai2 cipta bahasa amerika. Senang citer kalo dah x nak campur dan hormat budaya n bahasa setempat hujah bodoh mcm ko bg ni buat apa pun x guna. Wpun bahasa melayu tu ditukar jd bahasa cina sekalipun.

    Jentayu

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.