Tuesday, 12 January 2016

KRISIS SELANGOR MEMUNCAK : DAP SAHKAN PAS MUSUH UTAMA !


Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan pendirian parti itu yang menyifatkan PAS sebagai musuh utama.

 Katanya, ia susulan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam yang menganggap DAP sebagai musuh parti berkenaan. "Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar. "Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP bagi kerusi ditandingi PAS," katanya.

 Beliau ditemui di Istiadat Angkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Daerah Kuala Langat, Timbalan Mufti, Ketua Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Kayangan di sini, pagi tadi. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyempurnakan majlis berkenaan. 

Sementara itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang. "Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang," katanya

. Pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, PAS menganggap DAP musuh terbaharu mereka. 


Ia berikutan tindakan DAP yang mahu meletakkan lapan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang PAS di Selangor pada PRU akan datang.

2 comments:

  1. APA PUNYA PARTI/KERAJAAN NEGERI YANG MENTADBIR SELANGOR SEKARANG. "MUSUH UTAMA" BERNAONG DI BAWAH KERAJAAN SELANGOR DALAM KEADAAN CABAR MENCABAR ANTARA SATU SAMA LAIN. PELIK/HAIRAN/MELUCUKAN DAN MENGEJUTKAN.KATA "BERKAHWIN" TAPI MEMBENCI ANTARA SATU SAMA LAIN.....MASIH BERPELUKAN TAPI KATA "I BENCI YOU, YOU BENCI I" APA NAK JADI KERAJAAN NEGERI SELANGOR NI SEKARANG.COME ON LAH DAP/PAS/PKR ! APA GAME YG LU ORANG MAIN NI. HANTAM "DEPAN DAN BELAKANG"....AND YET YOU CLAIM TO BE THE RULING PARTY. PAKATAN RAKYAT SUDAH "MAMPUS" DAN SUDAH DIKUBURKAN. PAN....ENTAH APA ENTITY? HMMMM CACA MARBA BETUL.

    ReplyDelete
  2. Masa kecoh MB Selangor dulu PAS terlalu baik hati dan berikan jawatan MB kepada PKR.
    Jika ikut kerusi PAS lebih dari PKR sepatutnya PAS jadi MB Selangor.
    Nasi dah jadi bubur.

    Jika PAS jadi MB Selangor berani ke DAPkm bersuara lantang macam sekarang ?
    Nasi dah jadi bubur.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.