Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan keras itu diambil bagi memastikan semua penghulu serta pemimpin akar umbi menyokong penuh kerajaan negeri yang memerintah.

“Pelantikan jawatan penghulu ini dibuat atas asas politik, jadi dia kena bersama kerajaan negeri. Kalau kita dapati ada yang menentang kerajaan, sama ada perbuatan atau kata-kata, kita terpaksa ambil tindakan.

“Sebelum ini memang sudah ada beberapa kes yang kita tidak lantik semula, sebaliknya kita ganti mereka dengan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikan Pelantikan Penghulu 2016, di sini hari ini.

Penyampaian watikah kepada 790 penghulu itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd. Amar yang juga Pengerusi Majlis Penghulu Kelantan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah penghulu yang disingkirkan kerana menyokong PAN.