Tuesday, 26 January 2016

PRU 14 : PAN/DAP SEDIA BENTUK KERAJAAN BARU SELANGOR ?

teng chang kim dap declare pas adalah musuh dap bilamana pas selangor umum sedia rampas kerusi dun dap di selangor.

parti pan adalah serpihan pas.

selepas tewas dalam pemilihan di muktamar pas tahun lepas, mereka menggunakan alasan kedegilan hj hadi dan pas kelantan dalam hal pembentangan enakmen kanun jinayah sebagai alasan untuk meninggalkan pas.

mereka ini didokong sepenuh oleh dap. bukan sekadar itu parti pan juga dibiayai sepenuhnya kempen positif oleh media sosial pro pembangkang.

gap pernah rapat dan kenali sebilangan bekas pimpinan pas yang kini beralih ke parti pan.

mereka tahu bagaimana nak main game terutamanya di selangor. mereka tahu bagaimana untuk bermula di selangor.

halangan besar parti pan adalah pas dan curiga besar parti pan adalah pkr.

parti pan tidak membawa ide dan gaya pas.

mereka memilih untuk menjadi alternatif parti serpihan melayu yang liberal dan terbuka pemikirannya.

ini berikutan peluang yang mampu diraih kiranya mereka amat fokus kepada selangor.

kedudukan dan nisbah pengundi antara kaum di selangor amat berbeza dengan kelantan, kedah dan trengganu.

jika 3 negeri ini lebih bermajoritikan melayu, kedudukan ini tidak berlaku di negeri pantai barat.

hampir 80% kedudukan pengundi dun dan parlimen di selangor tidak membabitkan sesuatu kaum itu menjadi majoriti pengundi.

ini memberi kelebihan kepada parti pan dan boleh memberi kesan besar kepada pkr.

masalah besar pkr di selangor adalah mereka GAGAL untuk meletakkan stand politik yang diminta.

mereka enggan untuk decide samada memilih pakatan rakyat ( pkr/pas) ataupun pakatan harapan ( pkr/pan/dap).

keadaan dan kegagalan pkr di bawah azmin ali untuk decide dijangka akan memberikan kesan positif politik yang amat besar kepada pan.

pan dan pkr dari segi ide dan halatuju politik amat sama halanya.

jika banduan pkr  boleh memberikan persetujuan untuk pkr mengizinkan lina joy murtad, pemikiran yang sama juga boleh didapati pada setiap kepala pemimpin pan.

apa yang perlu parti pan lakukan di selangor adalah memulakan langkah awal untuk decide kerusi dun/parlimen yang banyak campuran pengundi di kalangan bangsa.

maknanya.. selain mengambil alih kerusi pas di selangor, pan juga perlu pergi lebih jauh untuk ambil alih kerusi pkr yang banyak kedudukan campuran pengundi.

kedudukan kawasan campuran merupakan LOKASI terbaik parti pan untuk bertapak di selangor.

kelebihan parti pan adalah kerana ianya didokong oleh dap, lantas memberikan politikal mileage untuk parti pan dalam sebarang kempen positif untuk mendapatkan sokongan pengundi cina.

gap melihat tiada mustahil untuk di selangor akhirnya dap akan memilih dan menjadikan parti pan dalam rakan gabungan terbaru di selangor.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.