Thursday, 28 January 2016

SYABAS ! JABATAN IMIGRESEN BAGITAU HAMPIR 926,386 RIBU PERMOHONAN ONLINE PLKS BERJAYA DIDAFTARKAN.



2 hari lepas jabatan imigresen melaporkan sebanyak 926,386 permohonan memperbaharui PLKS berjaya diproses secara dalam talian tahun lalu.


Ia meliputi enam sektor dibenarkan iaitu pembuatan (411,483), pembinaan (175,704), perkhidmatan (135,224), perladangan (86,264), pertanian (67,880) dan pembantu rumah (49,831). 


program permohonan online pekerja yang melibatkan pendaftaran PLKS ni membuktikan sistem pendaftaran online oleh majikan mendapat respon yang memberangsangkan.

walau bagaimanapun dalam akhbar mstar online, dikabarkan terdapat hampir 31,301 pendaftar gagal untuk mendaftar melalui online.

berdasarkan makluman jabatan imigresen, kegagalan ini melibatkan aspek teknikal dan kemaskini 

dalam hal ini kejayaan pendaftaran secara online telah berjaya memberikan advantage kepada banyak agensi dalam kerajaan dalam merujuk sebarang isu melibatkan dokumentasi terkini pekerja asing.

sedikit sebanyak masalah yang timbul sepertimana yang didedahkan oleh mstar online adalah perkara biasa.

dikabarkan akan ada pertemuan antara syarikat pendaftar online dan jabatan imigresen dalam masa terdekat ini untuk membincang lantas menyelesaikan isu yang tertunggak.



No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.