Wednesday, 6 January 2016

YANG PANJAT TIANG, TAMPAL POSTER, SIAR RAYA AHLI PAS ... BILA ( DAP/PKR) DAH MENANG PAS KENA TENDANG !


siapa tak kenal pas ?

gap kenal pas masa zaman ahli totok lepas subuh pasang kaset ceramah hj hadi lagi.. bingit ceramah bukan kemain tambah speaker keta  prebet sapu yang pecah memang boleh kasi hangin satu badan pada siapa yang pernah naik keta prebet sapu ahli pas.

ni zaman ceramah pakai kaset, pasang dalam kereta.
speaker hancur tambah jerit pekik ceramah pas bantai umno.
keta datsun yang aku maksudkan.


zaman ni, pas bantai umno memang tak hingat dunia. kadang-kadang dah macam nak armageddon, macam nak perang , macam dah dosa sangat sampai serius aku cakap macam halal je la orang umno ni..

ni zaman awal 90an. zaman pas tak ke mana. zaman ni orang tak endah pasal politik. kurang sangat publik cakap bab politik. mungkin beza kat kelantan tapi di selangor, nak dekat orang pas pun orang taknak.

bukan nak menghina tapi ada realiti di beberapa kawasan, ahli pas profesion mereka lebih pada siak surau dan mesjid. jubah dan kepiah lusuh. kepiah adakala sampai naik berkupang bau tengit masuk idung. 

jangan cakap aku nak hina orang pakai jubah. ni sekadar nak cite balik pengalaman zaman dulu. jubah ahli pas pakai beberapa hari , kalau nak wangi tambah calit minyak atar botol kecik. 

ini imej pas lama. sekali lagi jangan cakap aku menghina kepiah dan jubah. sekadar nak bagitau pengalaman aje.

zaman pas prebet sapu lawan umno, pas tak kuat.
poster itam putih.
ada duit sikit putih hijau.

zaman propaganda pas lawan umno, pas masih mengekalkan taktik sama .

poster plastik , tulis undi lah pas. nak nampak islam sikit dari umno, maka tulisan jawi dibanyakkan. dipasangnya tali rapiah ikat dari satu tiang ke tiang yang lain.

pastu ramai-ramai stapler.  zaman pilihanraya 80-90an, kedai stationary banyak buat duit. melayu lawan melayu, kedai cina masyuk. itu dululah.

zaman la ni, pas tak pakai stapler dah. dorang impot dari china. 

zaman pas dulu, stapler gun penting. hanya 2-3 orang je yang boleh pegang stapler gun ni. bukan apa, takut rosak kang payah nak buat kerja.

stapler gun ni untuk guna tampal foto pemimpin kat plaiwood 1 kali 1 kaki. cacak kat tanah atau stapler kat pokok kelapa.

bab panjat, serius aku cakap ahli umno kalah dengan pas.

panjat tiang pas memang hero.
panjat pokok pas memang hero.
panjat bukit pas memang hero.
senang cite bab panjat umno kalah lah. 

tak payah pakai dan tak payah sewa kren, ahli pas di kebanyakan tempat boleh buat kerja secara sendiri.

kalau umno dah pasang bendera kat tempat tinggi, esok malam ahli pas pasang lagi tinggi ...punya semangat nak di highlight kan penampakan bendera pas .

dulu, umno masa kempen pilihanraya jarang pakai siar raya.

apa benda siar raya ni ? ni jenis kempen pakai kereta datsun, atas bunbung pasang pembesar suara tiap-tiap petang lepas asar ronda satu kampung bikin pekak kata malam ni ada ceramah.

ini cite kempen pilihanraya zaman dulu, umno lawan pas.

zaman dulu umno kurang ceramah. kalau ada pun ceramah dikalangan ahli. pas pulak buat ceramah terbuka. istilah lantak pi ramai tak ramai tolak tepi, janji ceramah mau ada. dalam ceramah ada jual kaset ceramah pulak. dah lah jual kaset ceramah, memekak dengan speaker pecah lagi.

bab nak tarik crowd, pas memang handal la. pasal ceramah ada gerai jual mi sup ada jual air.

bagaimana pun lawan, zaman dulu publik tetap pilih BN. ni bukan soal memilih parti, tapi zaman dulu publik tak endah pada politik.

zaman berubah. pas nak mati , menuju mati macamana PRM parti rakyat malaysia logo kepala lembu nak mati. padahal PRM zaman awal 50-60 an adalah kuat pasal asal nya parti buruh yang berjuang untuk pekerja.

buroh, buruk benor namanya. aku rasa dulu kerajaan ada jabatan tenaga buruh, tempat orang cari kerja. la ni dah tukar nama kot. 

zaman dulu, nama dap kalau bisik kat telinga melayu macam bisik nama benjamin  kat telinga orang palestin.

zaman ni dap lagi teruk namanya dari pas. dap bergerak dalam kelompok bandaran, pasar, kedai bah kut teh, pasar malam kawasan cina. terhad dan minoriti  pasal MCA kuat. 

pru 1999 ahli pas yang berjuang untuk anwar. bijaknya pas, zaman tu dorang hijack simpatisan untuk pro pas. keadilan malah dap menumpang luasnya gerak kerja ahli pas di banyak kawasan.

senang cerita, dap dan keadilan tumpang kempen pas masa pru. semua pas organise untuk mereka. 

kalau di selangor, sungai pinang dan sekinchan dap menang pun pasal dimenangkan oleh gerak kerja pas. apatah lagi keadilan.

cerita ini mati pada pru 2004. namun usaha pas ini dikuatkan semula pada kempen pru 2008.

ramai orang tua cakap, buat sesuatu perkara jangan dibuat berlebihan, takut makan diri.

resmi cakap orang tua ni akhirnya kena pada pas.
zaman kaset mereka hentam umno bagai nak gila.
hari ini, mereka pulak yang ditinggalkan oleh rakan mereka sendiri.

takat rakan okay lagi, ni nama mat sabu yang paling banyak hentam umno pun akhirnya membenci pas yang selama ini dia kendong. ayam sabung kini sabung balik parti lama.

masa cold war atau perang dingin amarika-soviet ada watak digunakan sebagai antara propaganda perang.

bobby fischer adalah pemain catur paling terkemuka amarika dilawankan dengan pemain catur soviet, boris spassky. bobby menang dan kemenangan dari perah otak bobby ini  digunakan sebagai kempen propagandis terkemuka amarika dalam menentang pengaruh komunis soviet.

propaganda ini dilakukan bertali arus terhadap kempen antai komunis soviet oleh amarika terhadap rakyatnya. tumbang nya tembok berlin dan kejatuhan soviet pada 1991 antara klimak propa penting amarika untuk menjadi kuasa besar dunia.

kisah bobby ini adalah real.

propa amarika dalam filem rocky 4 bila rocky balboa lawan ivan drago adalah selingan kempen iklan dan tak real. ia lebih berkisar bakar semangat anti soviet sahaja.

semalam buat pertama kali, pakatan harapan merangkumi dap,pkr dan pan melakukan mesyuarat presidensi yang yang pertama.

tanpa pas. ya kini mereka lakukan tanpa pas.
pas dah dibuang.

sepertimana terbuangnya bobby fischer yang asal jadi hero amarika , dibuang dihina pula selepas tidak sependapat dengan move amarika yang pro semitik.

di amarika habis madu bobby dibuang.
kat malaysia habis madu pas dibuang.

ps ; foto di bawah bawak maksud senyum kepuasan.



14 comments:

  1. Nasib BARUA SoCai!!

    PAS BARUA!!

    Hahahahaha

    ReplyDelete
  2. GAP sila upkan

    gambar muslimah pakai niqab bendera dap
    http://1.bp.blogspot.com/_ZW1mKQ2NcE0/S--FB9TQGdI/AAAAAAAAAmM/iUV6yM6Ath0/s1600/untitled1.bmp

    Melayu tua pegang bendera dap
    http://3.bp.blogspot.com/_8OktZse3j8A/THrwCbKd9hI/AAAAAAAABeQ/ee9Pwhryw6Y/s320/melayu_pegang_dap%5B1%5D.jpg

    Apa status mereka di atas (adakah mereka juga anti Islam dan Melayu)? Mufti Pahang dah cakap dap anti Islam dan Melayu. Orang lain pun dah cakap nadanya macam tu juga. Adakah mereka di atas ni pengkhianat Melayu kerana mengagungkan dap?

    Ada masa lagi nak balik ke pangkal jalan sebelum PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup lagi ke lelaki melayu tua yg pegang bendera DAPigs tu sekarang....???

      Bodoh nak mampuss...!!

      Delete
  3. Seronok dengar cerita nostalgia ni, cerita le lagi.

    ReplyDelete
  4. Terbaek lah cerita nostalgia PASngok dgn kebebalan dan kebencian tahap gaban pada UMNO. tp akhirnya mereka jauh lebih hina dari seketul najis. Perjuangan mereka seperti pelacur yang bernafsu buas. Akhirnya bila habis madu sepah dibuang.

    PAS kekal bodoh selamanya. Admin ko hantar nukilan ni pd Majlis Syura PAS, PEMUDA dan Hj hadi.. biar mereka sedar selama ini perjuangan PAS hanyalah bertaraf pelacur!

    ReplyDelete
  5. Salam Perjuangan Bro,

    Blog Gelombang Rakyat kini kembali di medan peperangan dunia blogger dalam meneruskan perjuangan di medan keyboard warrior.

    Mohon jasa baik bro untuk menyenaraikan blog Gelombang Rakyat dalam senarai blog pilihan.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.my/

    Sekian, Salam Perjuangan.

    ReplyDelete
  6. BLOGER GR... AKHIRNYA BANGKIT.. DAH LINK BRO !

    ReplyDelete
  7. BLOGER GR... AKHIRNYA BANGKIT.. DAH LINK BRO !

    ReplyDelete
  8. Jangan makan belacan budu, belala lembu kambing minum susunyee. apa nak datang balik ke dunia, boleh boleh

    ReplyDelete
  9. apebende nih...org dah naik buat kerjasama dan berbaik demi ummah melayu Islam..ko pulak buat provok macam nak gagalkan perpaduan yg baru jer nah tumbuh..sapa yg sebenarnya perosak pepaduan nih?
    kalau nak kira bukan pas jer yg buat taik..cuba cek elok2 ramai pemimpin umno pun buat benda sama macamlah pas tu parti kafir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS memang Parti kapir pun....sebab dia dah mengkapirkan orang islam yg ada dalam UMNO...ko tak baca ke amanat hj hadi...??? sampai sekarang tak tarik balik....ko pernah dengar ke hadis sahih
      ni

      "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

      Delete
    2. bro...isunya sekarang ummah nak bersatu demi Melayu Islam..yg lama tu biarlah tak usah ungkit2.
      Aku dah dengar pasal amanah hj hadi tu..kalau ikut seluran ilmunya memang betul dia cakap siapa yg takmau/taknak hukum Allah tu maka jatuh kafir.
      cuba ko tanya mana2 ulama bukan pro politik.tentu dia jawab benda sama.
      Pasal hadis yg ko sebut tu bukan setakat aku dah baca..malah aku hafal beb.
      dan aku tau kemana arah hadis itu dan apa tujuannya.
      Isunya sekarang umat nak bersatu..kita kena support bukan nak mengagalkannya.

      Delete
    3. bro.. anda kena baca betul2 artikel ni.
      khususnya untuk apa ?
      khususnya untuk siapa ?

      makna penuh cerita ni nak bagitau pas perlu bangkit dari sedar siapa di antara..

      pandang cermin jangan dilihat fizikal wajah.
      pandang cermin untuk muhasabah

      Delete
    4. bro.. anda kena baca betul2 artikel ni.
      khususnya untuk apa ?
      khususnya untuk siapa ?

      makna penuh cerita ni nak bagitau pas perlu bangkit dari sedar siapa di antara..

      pandang cermin jangan dilihat fizikal wajah.
      pandang cermin untuk muhasabah

      Delete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.