Monday, 22 February 2016

BN TRENGGANU.. PANDAI-PANDAI OK !




KUALA TERENGGANU – Pas tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi parti itu pada PRU13 lalu.


Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun Parlimen tersebut sudah menjadi kerusi Amanah berikutan tindakan ahli parlimennya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyertai parti baharu itu, beliau menjelaskan Pas tidak akan memberi ruang kepada parti lain merampas kerusi tersebut pada PRU akan datang.

“Kita menang dalam PRU yang lalu, yang dia (Raja Bahrin) lari itu, dia punya pasal dan Pas akan tetap bertanding di Parlimen Kuala Terengganu (pada PRU14),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata sempena Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Parlimen Pas Kuala Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong Pas Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Banggol, di sini.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.