Friday, 26 February 2016

GUAN ENG PECAH LOBANG PUNCA KALID IBRAHIM DISINGKIR !



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui parti PKR sebagai dalang konflik Langkah Kajang tahun 2013 yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan dari parti sekaligus dari jawatan Menteri Besar.


Pendedahan tersebut dinyatakan Guan Eng ekoran tidak berpuas hati dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang memecat Dua ADUN PKR dari syarikat milik kerajaan negeri.

“Khalid dipecat selepas beliau tidak melaksanakan keputusan yang dibuat PKR, dan DAP menghormati keputusan mereka mengenai perkara itu.

“Mengapa PKR tidak menyokong kami sekarang? Ia keadaan yang sama. Sekarang mereka (PKR) cuba minta dikembalikan semula jawatan mereka (2 Adun)," kata Guan Eng.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan PKR terhadapnya kerana memecat Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen daripada ahli lembaga pengarah Perbadanan Bukit Bendera dan investPenang serta Island Golf Properties Bhd.

Island Golf adalah anak syarikat cabang pelaburan kerajaan negeri milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Guan Eng merupakan pengerusi kepada semua agensi itu.

Pemuda PKR Pulau Pinang menyifatkan tindakan Guan Eng itu sebagai tidak matang, autokratik dan tidak adil, serta politik dendam.

1 comment:

  1. Assalam Gap,
    Lama sungguh aku tak komen dalam blog kau.
    Lama sudah aku tak masuk..ada masa aku masuk dan kadang2 aku tak rasa rugi kalau aku tak masuk tengok dan ziarah blog kau.

    Gap, kau tak mcm dulu tahun 2008.
    Dulu boleh katakan, sehari aku masuk blog kau dalam sepuluh ke lima belas kali.
    Kalau tak masuk mmg rasa informasi tak dapat. Aku mcm nak tahu dulu drp org lain.

    Tapi lepas kononnya blog kau kena hack, kau berubah terus. Dan aku tak rasa kau adalah blogger GERAKAN ANTI PKR yg sebenar.

    DI sini, aku nak komen tentang komentar kau berkenaan Guan Eng. Pada aku adalah rahmat Khalid Ibrahim di gantikan dengan Azmin Ali. Aku rasa kau tak perlulah panjang lebar nak bagi kami ni benci Azmin.

    Terus terang aku cakap, aku sokong Azmin Ali sebagai MB walau aku adalah pengundi BN khususnya UMNO.

    PRU14, aku tak akan mengudi.

    Selagi Najib Tun Razak menjadi PM, selagi itu aku tak akan mengundi. Kalau Najib turun, bukan Zahid atau Hishamuddin jadi PM. Tetap aku tak akan undi UMNO.

    Percayalah. Ini adalah aku.
    Dan aku juga percaya, kebanyakkan golongan aku aku ni umur 40an..akan swing ke PAS atau PKR.

    Sekian drp Pengundi Seksyen 2.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.