Monday, 22 February 2016

PAKATAN HARAPAN AKAN LAWAN SEMUA KERUSI PAS DI TRENGGANU !



Pakatan Harapan akan meletak calon di semua 32 kerusi DUN dan 8 Parlimen di Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.


Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail berkata, perkara itu telah dipersetujui bersama tiga parti gabungan Harapan Rakyat di negeri itu iaitu PKR, DAP dan Amanah.

“Kita telah berbincang lebih awal agar tiada pertindihan berlaku dalam meletakkan calon pilihan raya di satu-satu kerusi.

“Kita belajar dari sejarah pilihan raya lalu di Terengganu. PKR dah letak calon, mari kawan kita dia letak juga calon. Pengundi tengok pakatan yang tidak berpakat,” katanya dalam ceramah sempena Majlis Perasmian Pejabat Pakatan Harapan Dungun yang disempurnakan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Jalan Balai Besar, Dungun malam tadi.

Sementara itu, Azan memberitahu, PKR akan bertanding lebih daripada 14 kerusi di Terengganu pada PRU14 di bawah Pakatan Harapan.

“Setakat ini target kita begitu dan mungkin lebih, bergantung kepada keputusan bersama parti gabungan dalam Pakatan Harapan agar tiada peselisihan sesame sendiri nanti. Kita target 57 peratus undi popular di Terengganu.

1 comment:

  1. eloklah tu...kita tengok brapa kerusi ph akn dapat...rasanya x blh bntuk krjaan pun.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.