Saturday, 20 February 2016

PETANDA BAIK : BILA AKHBAR CINA SEMAKIN BERANI KRITIK DAP !



17/2/16 –Kolumnis akhbar berbahasa Cina, Ang Tong Kai yang sebelum ini pro pembangkang telah menukar pendirian mengkritik keras pemerintahan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, lapor Tan Khai Beng.


Menurutnya, Ang adalah kolumnis Sinchew Yit Poh yang berpangkalan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kritikan kolumnis Sinchew Yit Poh itu berpandukan ucapan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Ahad lalu yang berkata ” … hanya orang yang buta, pekak dan hati yang mati sahaja tidak nampak pencapaian yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang..”

Kenyataan Guan Eng itu diperluas kolumnis itu dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berkaitan dengan penjualan tanah, penggondolan bukit, projek tambakan laut dan pembunuhan anjing terbiar dan sebagainya.

“Betul, orang Pulau Pinang memang buta, kerana mereka tidak nampak kerajaan negeri jual tanah, tidak nampak kerajaan negeri tidak ambil tindakan tegas terhadap pemaju yang menggondolkan bukit secara haram, dan juga tidak nampak kerajaan sedia menjalankan projek tambakan laut yang boleh merosakan ekosistem di laut.”

“Betul, orang Pulau Pinang pekak, kerana orang Pulau Pinang tidak boleh mendengar suara dan rintihan nelayan yang membantah dan merayu kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek tambakan laut; tidak dapat mendengar para pencinta anjing menyeru kerajaan negeri berhenti bunuh anjing, dan juga bantahan orang Pulau Pinang dalam isu penggondolan bukit.”

“Betul, hati orang Pulau Pinang sudah mati, sudah jadi “mayat yang hidup”, kerana kerajaan Pulau Pinang tidak dapat membantu mereka membeli rumah kos sederhana rendah, tambahan lagi beri peluang kepada pemaju tamak buli pembeli rumah, membeli rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dengan harga yang satu kali ganda lebih daripada RM72,500, ” kata kolumnis Sinchew Yit Poh yang diterjemahkan penangkini.com.

Secara menyindir, kolumnis itu juga berpendapat, memandangkan ramai orang Pulau Pinang telah buta, pekak dan hati sudah mati, maka kerajaan Pulau Pinang harus menyediakan lebih banyak tempat letak kereta untuk masyarakat OKU. AIDCNews

1 comment:

  1. Jangan percaya sangat. Mungkin diversion je tu. DAP ni licik

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.