Friday, 19 February 2016

SALAH FAHAM MENGENAI ISU HANTARAN MENANTU PM DIPERJELASKAN.


Menantu Perdana Menteri, Daniyar Kessikbayev menafikan dakwaan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya DS Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17/06/2011. 

Daniyar menjelaskan, hadiah itu sebaliknya adalah pemberian pihak keluarga lelaki kepada keluarga Perdana Menteri dan juga bakal tunangnya ketika itu, Nooryana Najwa.

Daniyar berkata tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah yang diberikan kepada tunangnya, yang menjadi sebahagian tradisi masyarakar Kazakhstan, sebagai mahar.

Sebagai bakal suami pada masa itu, pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Kazakhtan untuk bakal isteri pada masa akan datang termasuk barang kemas, minyak wangi dan sutera.

Daniyar berkata, pemberian hadiah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri bukannya menggunakan wang keluarga atau wang Kerajaan. Daniyar  berkata beliau tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat Malaysia. 

Sehubungan itu, Daniyar dengan penuh hormat menggesa Tun Dr Mahathir supaya berhenti menggunakan perkahwinannya dengan Nooryana Najwa sebagai subjek politik. Beliau juga percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak, seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul untuk bercakap.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mendakwa majlis pertunangan anak Perdana Menteri, yang pernah dihadirinya sebelum ini menyediakan hadiah sebanyak 16 tong untuk diserahkan kepada bakal menantunya. 

5 comments:

  1. apa nak jadi..apa nak jadi. 16 kotak jadi 16 tong. dulu otak geliga sekarang penuh taik.

    ReplyDelete
  2. Sedih sangat dgn keadaan sekarang...fitnah bberkeluasa tanpa ada rasa takut kpd Allah yg sentiasa memerhati. Rasa hormat kpd Tun Dr. Mahathir yg saya kagumi suatu ketika dulu semakin terhakis...bertaubatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mcm tu. Sedih dgn perlakuan Tun M....

      Delete
    2. sy pun sedih jugak.tak logik betul waktu bertunang nak bawak 16 tong hadiah.hilang terus rasa hormat dgn tun m.

      Delete
  3. Walau macam man pon Najib mesti berundur!!!

    Tapi RM2.6 Billion jangan bawak sekali!!!

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.