Demikian reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei yang turut menafikan dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S. Murali; Ahli Jawatankuasa PKR Gombak dan Selayang, B. Rajandran dan aktivis PKR, Badrul Hisham Shaharin semalam yang kononnya Mohamed Azmin terbabit dalam kronisme, gagal dalam menjalankan urus tadbir serta mengamalkan politik dendam.

Katanya, dakwaan tersebut dilihat sebagai liar, jahat dan tidak berasas memandangkan senarai pelantikan ahli majlis PBT bukannya ditentukan oleh Menteri Besar sebaliknya diputuskan oleh jawatankuasa yang dibentuk masing-masing oleh PAN, DAP dan Pas manakala PKR sendiri diputuskan oleh Majlis Pimpinan Negeri.

“Maka tidak ada timbul soal kroni, politik dendam dalam isu pelantikan ahli majlis PBT. Nama yang Menteri Besar terima adalah nama yang dihantar oleh semua parti dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan), tidak ada pindaan.