Thursday, 31 March 2016

AZMIN PANIK DISOAL PASAL RM800 JUTA !


BN Selangor mendakwa pembinaan dua loji rawatan air oleh kerajaan negeri di Labohan Dagang dan Semenyih yang melibatkan kos RM800 juta akan menjadi projek gajah putih.
ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak mahu pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab bagaimana kerajaan negeri akan menggunakan dua loji tersebut selepas Projek Langat 2 siap nanti.
“Apabila (Projek) Langat 2 siap sepenuhnya esok dengan kapasiti 1320 juta liter sehari bagi Fasa 1 dan 2460 juta liter sehari bagi Fasa 2, dua loji rawatan air baru ini nak jadi apa?” soalnya dalam sidang media di ruang legar Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
Lebih membimbangkan, katanya, sudah terdapat dua loji rawatan air yang lain berhampiran kawasan pembinaan loji baharu itu.
“Persoalan saya adalah dari segi sumber air mentah sebab Langat 2 atau pun di kawasan di Labuhan Dagang dan Semenyih ini disitu juga ada loji rawatan air yang sudah wujud iaitu Langat dan Batu 11, Cheras,” kata Sulaiman.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini menjangka Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air kritikal pada 2017 hingga 2019 disebabkan berlakunya kelewatan dalam pelaksanaan Projek Langat 2.
Beliau berkata, disebabkan itu kerajaan negeri akan membina dua buah loji rawatan di Labohan Dagang dan Semenyih yang melibatkan kos hampir RM800 juta.
Menurut Sulaiman lagi, dua loji sedia-ada di Langat dan Batu 11, Cheras pernah ditutup kerana mengalami isu pencemaran.
“Kalau dua loji ini pun selalu ditutup disebabkan amnonia, dimana loji Semenyih dan Labuhan Dagang nak dapat air?,” soalnya, menuntut pentadbiran Azmin menjelaskan pelan sokongan perolehan sumber air untuk loji rawatan baharu itu.

1 comment:

  1. haiyaaaaa.....itu plojek kasi kloni ma....800juta manyiak ma....10%....lu olang kila? manyiak lo....
    gindang gindut tali kecapi..kinyiang pulut suka hati....

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.