Wednesday, 30 March 2016

DUN SELANGOR : KALID TIBAI AZMIN KAW-KAW !


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoalkan peruntukan yang sepatutnya diterima setiap ADUN di Selangor sebanyak RM600,000 namun sehingga kini ia masih belum disalurkan kepada beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu mendakwa, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah menggunakan wang peruntukan itu tetapi pada masa sama cuba bermain politik memburukkan dirinya melalui isu kebersihan dan keselamatan di Pelabuhan Klang.
“Di mana duit itu digunakan, kalau telah digunakan di mana duit itu digunakan? Adakah digunakan untuk membersihkan kawasan saya, sebab peruntukan tidak diberikan kepada saya?,” katanya yang dipetik dari portal BNBBC.
Oleh kerana tiada peruntukan yang diterima, Khalid berkata, tugas membersihkan kawasannya perlu dilakukan oleh agensi bertanggungjawab seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK).
“Tugas ini perlu dibuat oleh siapa? Oleh kerajaan tempatan dan agensi bertanggungjawab. Namun saya yakin perkara yang dibangkit Azmin ini adalah kerana saya telah meminta beliau menunjukkan kepada Dewan Negeri berhubung peruntukan kepada setiap DUN,” katanya.
Bagaimanapun menurut Khalid kawasan yang dimaksudkan kotor oleh Azmin tidaklah seperti yang didakwa.
“Kalau dibandingkan dengan kawasan Bukit Antarabangsa pun ada juga kawasan yang kotor seperti di restoran dan gerai.
“Nak kata sentiasa bersih tidak juga, cumanya di Pelabuhan Klang mungkin disebabkan bahan terpakai di kawasan pembinaan di satu tempat itu menyebabkan ia nampak kotor dan tidak selamat,” katanya.
Baru-baru ini, Azmin menegur Khalid yang didakwa gagal menjaga kawasan Pelabuhan Klang dan membiarkan kawasan itu kotor sejak tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor.
Sehubungan, Azmin berkata, kerajaan negeri terpaksa melantik Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Azmizan Zaman Huri dan membuka Pusat Penyelaras.
Bagaimanapun, Khalid mempertikaikan mengapa selepas dua tahun kerajaan negeri baru bertindak dan dalam tempoh itu kemana pergi peruntukan untuk DUN tersebut.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.