Monday, 21 March 2016

KALAU FILEM TAK LAKU..NAK BUAT APA ? MACAM BIASA BANTAI ORANG LAH...


ada mamat bekas pengarah filem tiba-tiba nak buat gempak.
dia salahkan LPF kerana filemnya tak boleh siar.


bukan takat itu, dia juga menyalah takdir akan ketidakupayaan filemnya dikenali lantas mencebur diri dalam segmen karikatur..

dia bukan saja lakarkan wajah dr mahathir sebagai ' bertanduk' malah nak buat politikal stunt dia kata dia takut pada rosmah...

rosmah mana tak pasti, tapi umum mengetahui susuk nama rosmah yang 'ditakutkan' itu.

sayang.. dia perlu sebut nama rosmah untuk jual filem dia.. 

filem tak lepas siar oleh LPF punyai sebab.

samada kualiti filem amat bangang , langgar peraturan atau menyentuh sensitiviti.

watak-watak seperti pengarah bernama zarul ni tak lain cuba menagih populariti lama yang sebenarnya tak pernah lekat pada dia.

kreativiti perlu untuk mengangkat nama kembali popular.

sejak kebelakangan ini filem kita terlalu banyak kualiti stereotaip layak dibakul sampahkan . 

filem mengisahkan budak rempit, minah rempit, otak rempit, bekas rempit dan segala yang berkaitan dengan rempit amatlah membodohkan pemikiran...

meyalahkan LPF menyerlahkan kegagalan pemikiran zarul untuk berkembang biak memahami genre filem berkualiti yang dikehendaki masyarakat.

ps; gap setuju pandangan bloger CTS, zarul telah memalukan persatuan lelaki kepala botak... :)


No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.