Wednesday, 23 March 2016

PM JENGUK PUSAT JAGAAN ORANG TUA DI KAJANG..


pusat jagaan orang tua di kajang mendapat kejutan apabila hari ni mereka di lawati oleh PM.

pusat bernama al fikrah ini menempatkan hampir 70 penghuni orang tua yang datang dari latar belakang cerita yang menyedihkan.

ada seorang tu ditinggalkan anak kat stesyen bas kajang sejak 3 bulan lepas. bila pusat jagaan al fikrah ni nampak, lantas orang tua ni ditempatkan di sini.

sepanjang pusat jagaan ak fikrah ini beroperasi, seramai 62 orang penghuninya telah kembali ke rahmatullah.. atas banyak faktor terutamanya melibatkan kesihatan.

dalam lawatan ini PM telah meyampaikan banyak barang bantuan dan lebih penting baikpulih pusat ini yang melibatkan sistem pendawaian elektrik dan perpaipan juga akan diselesaikan bagi memberi keselesaan kepada penghuni.

dalam lawatan ini PM menjanjikan secara konsisten mengenai kehadiran pegawai perubatan dalam program 1care for 1malaysia untuk penghuni ini...sukarelawan juga akan dihantar dalam tempoh terdekat dalam membantu apa yang patut untuk pusat ini...

pusat jagaan al fikrah kajang mengucapkan jutaan terim kasih atas komitmen PM..

1 comment:

  1. dalam malaysia ni sorang saje yg memerintah...ONE MAN SHOW..yg lain semua jawatan2 habuan kot..tahniah DSN...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.