Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, Selangor masih lagi penyumbang utama kepada kes denggi walaupun jumlah kes mencatat penurunan sebanyak 27 kes iaitu 0.5 peratus berbanding tahun lalu bagi tempoh yang sama.

Menurut beliau, pada tahun lalu, jumlah kes dilaporkan ialah 7,382 kes dan 22 kematian berbanding tahun ini 7,355 kes dan 12 kematian.

“Secara keseluruhannya, jumlah terkumpul kes denggi yang dilaporkan pada tahun ini sehingga Selasa lalu mencatat peningkatan sebanyak 15.1 peratus iaitu 15,251 kes berbanding 13,252 kes pada 2015. Bagaimanapun, jumlah kematian menurun sebanyak 7.5 peratus iaitu daripada 40 kepada 37 pada tahun ini.