Thursday, 31 March 2016

SKANDAL DASH-SUKE : LAPORAN POLIS TERHADAP AZMIN ALI !


Sebanyak dua laporan polis dibuat oleh dua buah badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Laporan itu dibuat oleh NGO, Say No To SUKE (SNTS) dan Say No To DASH (SNTD) pada 27 dan 29 Mac lalu berikutan perbincangan antara penduduk terkesan dan pentadbiran Azmin berhubung pembinaan lebuh raya bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) temui jalan buntu.
“Kalau mereka tidak mahu berbincang dengan kami mereka boleh berbincang dengan pihak polis,” kata Pengerusi Say No To DASH, Agos Hasan Ashari kepada pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Menurut Agos, antara isu berbangkit adalah kerajaan pimpinan Azmin didakwa melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa, yang menetapkan sebarang projek perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan terlebih dahulu. Jika tidak, ia harus ditolak.
“Pemeriksaan di pihak berkuasa tempatan mendapati kedua-dua projek tidak dimasukkan dalam rancangan tempatan. Projek SUKE perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan Ampang Jaya manakala DASH perlu dimasukkan dalam rancangan tempatan Petaling Jaya 2,” kata Agos.
Malah, urusan pengambilan tanah untuk projek berkenaan juga didakwa dibuat secara salah disisi undang-undang.
“Mengikut akta, sebelum pengambilan tanah kena ada kewartaan tetapi pengambilan tanah telah berlaku pada 23 Julai 2015. Warta untuk rancangan tempatan hanya dikeluarkan pada 14 Januari 2016,” jelas Agos.
Agos berkata laporan polis dibuat kerana mereka telah berputus dengan alasan berterusan daripada PKR, DAP dan PAS – tri parti yang membentuk kerajaan di Selangor.

1 comment:

  1. jangan malah..itu kilajaan manyiak tulus ma.....10% ma....

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.