Tuesday, 5 April 2016

AZMIN ALI DIGESA JAWAP SECARA RASMI 6 SOALAN INI !


 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak supaya menjawab enam persoalan yang terkandung di dalam memorandum yang dihantar kepadanya berhubung pembinaan tiga projek pembinaan lebuh raya di Selangor.
Desakan itu dibuat oleh 19 badan bukan kerajaan (NGO) terhadap pembinaan lebuh Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE), Projek Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) dan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH).
Jururucakapnya, Sivarajan Arumugam berkata, ia disebabkan pembinaan tiga lebuh raya itu didakwa akan memusnahkan lima kawasan hutan simpan antaranya Hutan Simpan Rimba Ampang, Hutan Simpan Ulu Gombak dan Hutan Simpan Bukit Cerakah.
Sivarajan yang juga Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata, pihaknya turut tidak berpuas hati dengan pandangan Mohamed Azmin baru-baru ini apabila menyatakan bahawa hutan yang diambil untuk pembinaan lebuh raya itu boleh diganti.
“Kita berpandangan ia tidak betul. Sekiranya kamu sudah menembusi keseluruhan ekosistem, tadahan air akan terjejas.
“Mungkin hutan yang ingin diambil puluhan hektar sahaja (tapi) kesannya adalah terhadap keseluruhan hutan warisan Selangor ini,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sivarajan turut menyenaraikan enam persoalan yang harus dijawab itu adalah :
1. Kenapa musnahkan lokasi tadahan air
2. Bolehkah ekosistem hutan diganti
3. Adakah syarat gazet hutan dipatuhi
4. Apakah polisi jangkamasa panjang Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga warisan hutan negeri “The Selangor State Park”
5. Apakah sudah jadi dengan bantahan rakyat
6. Kerajaan negeri patut memikirkan altenatif lain seperti memperkasakan pengangkutan awam

Memorandum itu sebelum ini diterima oleh wakil Menteri Besar yang juga merupakan pegawai beritanya, Shahril Said.
Sebelum ini, sebanyak dua laporan polis dibuat oleh dua NGO terhadap kerajaan Selangor pimpinan Azmin.
Laporan itu dibuat oleh NGO, Say No To SUKE (SNTS) dan Say No To DASH (SNTD) pada 27 dan 29 Mac lalu berikutan perbincangan antara penduduk terkesan dan pentadbiran Azmin berhubung pembinaan DASH dan SUKE menemui jalan buntu.
Bagaimanapun, Azmin menegaskan, tidak adil untuk menyalahkan kerajaan negeri berhubung pembinaan DASH dan Sungai Besi-Ulu Klang SUKE.

1 comment:

  1. AKU MASIH INGAT..DULU MEREKALAH HERO ALAM SEKITAR. ITU MASA BELUM BERKUASALAH.....

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.