Tuesday, 5 April 2016

KES DENGGI TINGGI DI SELANGOR : AZMIN PERTAHAN EXCONYA YANG....

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan EXCO Kesihatan, Dr Daroyah Alwi tidak akan digugurkan daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian menjawab desakan ADUN Sungai Burong, Datuk Samsuddin Lias supaya Dr Daroyah digugurkan sebagai EXCO kerana didakwa tidak bersungguh membanteras denggi.
Menurut maklumat terkini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pada tahun lalu, sebanyak 63,198 kes denggi telah dilaporkan di negeri ini.Kes terbabit merangkumi lebih 50 % daripada jumlah 120,836 kes denggi yang telah direkodkan di Malaysia untuk tahun 2015.
Dalam masa sama, Azmin juga menyindir wakil rakyat yang telah diberi amanah tetapi tidak mahu hadir perbincangan dan perbahasan di Dewan Negeri Selangor sebaliknya menggunakan media sosial untuk membuat kenyataan.
“Orang-orang seperti ini harus meletak jawatan dan beri tugas itu kepada orang lain,” katanya yang ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.