Friday, 15 April 2016

MALAM TADI DR ZAKIR NAIK ISLAMKAN SEORANG GADIS..



Dr Zakir Naik berjaya mengislamkan seorang gadis Kristian berusia 19 tahun, Nina Grace dari Filipina yang mengikuti syarahannya di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.  di sini, sebentar tadi.


Nina dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan Dr Zakir mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad. 




Gadis itu mengucap syahadah di hadapan lebih 30,000 hadirin dan kelihatan sedikit sebak.

gap ; perjalanan proses demokrasi dan hak asasi berjalan subur .. harap p ramasamy dan nazri aziz meraikan hak dan demokrasi ini.


diskusi perbandingan agama bukan secara totalnya bererti memberikan gambaran siapa lebih baik. ianya lebih terarah kepada FOKUS EXPLAINATION pemahaman dari segi sejarah dan faktualnya..

7 comments:

  1. Dr. Zakir berjaya dengan kuasa Allah swt dalam usaha dakwah beliau dan ramai individu terbuka hati memeluk agama Islam.

    Cari lah jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Syukur, tapi HATI-HATIlah jika jodohkan dia dengan lelaki Melayu. Terlalu ramai mereka yang kahwin dengan saudari baru tetapi menyia-yiakan mereka ini. Ini kisah benar belaka yang saya alami. Lelaki Melayu SUSAH nak hargai isteri mereka. Isteri mereka hanya semasa mereka SUSAH sahaja. Kaya saja mereka, mereka akan berubah terus. Gelap mata. Lupa segala pengorbanan isteri mereka.

    Seorang dari Scotland yang saya kenali, berkahwin dengan seorang kontraktor Melayu, tak kaya mana pun. Kahwin dengan setiausaha gedik bitch dia. Isteri yang bertudung labuh mengalahkan ustazah ini kerana taat tidak marah cuma kecil hati mengapa suami dia tak beritahu dia, kahwin lari entah nikah tepi longkang mana. Lama kelamaan, isteri muda ini tidak mahu dimadu maka kontraktor Melayu yang tak kaya mana pun ni ceraikanlah si isteri yang sudah melahirkan dia 6 zuriat. Pulanglah si isteri ini ke Negara asal. Yang terakhir saya dapat tahu dia telah berkahwin dengan seorang Padri di sana.

    Seorang gadis Cina belajar mengenai Islam dari saya selama setahun. Saya tidak mahu paksa dia masuk Islam. Ini bukan perkara main2. Bila dia telah SEDIA, kami pun bawa dia ke sebuah Masjid lafaz Syahadah. Pengajian diteruskan hingga dia bolehlah mengaji sikit2, solat... Suatu hari hati saya terdetik mengapa dia mahu masuk Islam.

    Barulah dia mengaku dia telah dijanjikan oleh kekasih gelapnya, seorang Melayu suami orang (Suami orang lebih gatal mengenyam dari yang bujang) yang akan menikahinya selepas dia masuk Islam. Untuk memotong cerita yang panjang. Mesti anda semua dapat teka, suami orang ini tak jadi berkahwin dengan saudari baru kita setelah dia fikir masak2 katanya. Dia tidak mahu kecewakan keluarga besarnya.

    Akhirnya saudari baru ini terus menghilangkan diri, kelas pun tak mahu datang. Terakhir saya lihat dia sudah pulang ke keadaan ASALnya sebelum Islam. Perlukan kita salahkan dia 100%?

    Saya doakan untuk saudari baru yang melafazkan Syahadah ini, pada pagi Jumaat ini agar dilindungi Allah swt dari buaya-buaya darat yang mahu mengambil kesempatan atas keihlasan dia. Buaya buaya sekarang bukan berkot dan bertali leher sahaja tetapi yang lebih merbahaya kadang2 berjubah labuh, besar serbannya dan panjang janggutnya.

    Mereka gunakan tiket atas nama Agama untuk memenuhkan hawa nafsu yang tidak pernah mahu dikawal. Amat merbahaya. Semoga saudari baru kita ini dan yang lain2 di sana dilindungi Allah swt, diberkati dan diRahmatiNYA.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...Allah beri hidayahNya kpd gadis itu melalui cramah dr Zakir.

    ReplyDelete
  4. Apa nak bangga, aku pun tahu berapa gadis melayu peluk agama kristian selepas diberitahu jesus died for their sins......Perjalanan proses demokrasi and hak asasi berjalan subur..harap Gap meraikan hak dan demokrasi ini......No heart feelings,ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada keperluan heart feeling bro.
      islam tetap wajib no satu dalam hati melayu.
      kita hanya perlu peringatkan berulang kali akan isu ini.

      jika dah ditakdirkan ke arah itu juga segelintir lina joy, itu luar kemampuan kita.

      yang penting usaha peringatan perlu berterusan

      Delete
    2. tiada keperluan heart feeling bro.
      islam tetap wajib no satu dalam hati melayu.
      kita hanya perlu peringatkan berulang kali akan isu ini.

      jika dah ditakdirkan ke arah itu juga segelintir lina joy, itu luar kemampuan kita.

      yang penting usaha peringatan perlu berterusan

      Delete
  5. yang ini ditakuti puak kafir tu...penganut mereka tukar kepercayaan bila mendapat kebenaran.
    mereka tarik penganut lain guna duit, harta dan wanita. bukan kebenaran.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.