Friday, 1 April 2016

MOGA CEPAT SEMBUH A ANBALAGAN !


FOTO AKSI A ANBALAGAN BERSAMA KHAN HUNG MENG...

a anbalagan... nama besar bola sepak tanah air kini mengidap penyakit angin ahmar.

generasi muda takkan kenal a anbalagan... dia bekas pemain pahang yang amat dedikasi..

zaman dia main bola waktu stadium merdeka masih beroperasi ...waktu tu liga semi pro...

a anbalagan bukan calang striker pahang.. kalau lawan selangor stadium mesti penuh sesak pasal game menjanjikan keadaan atmosfera bola tahap tinggi...

a anbalagan sama naiknya dengan player bola bangsa india seperti a jayakanthan dan p somasundram ( selangor ), p ravindran ( perak ) dll player lipas kudung yang pernah menyarung jersi kebangsaan.

a anbalagan ni buncit, tapi kalau dia start speeding mencicit lah pemain pertahanan nak kejar...

a anbalagan antara legasi pelapis pemain bolasepak bangsa india yang banyak harumkan nama pasukan...

nama baru a anbalagan kini adalah muhammad asyraf anbalagan abdullah...

tkasih atas sumbangan anda pada bolasepak bro !


ps ; nasib baik anda bukan pemain di zaman kita seri dengan bangla dan pemain part time dari macau :)

1 comment:

  1. Masih ingat suasana pahang lawan selangor piala malaysia peringkat separuh akhir.stadium merdeka penuh sesak. Dah lupa tahun berapa sebab dah lama sangat.saya duduk paling bawah dekat longkang tepi stadium. Dah duduk keadaan mcm tu, tambah frust menonggeng bila A.Anbalagan score gol kedua untuk pahang.Pahang menang 2-1. Anbalagan merupakan penyerang pahang yg berwibawa masa tu. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan hidup.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.