Friday, 1 April 2016

PRN SARAWAK : SPR SAHKAN TERIMA NOTIS BUBAR DUN...


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada Speaker Dewan, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini.
Bagaimanapun, Pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah berkata pihaknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas selepas pembubaran DUN Sarawak berkuatkuasa iaitu pada 11 April nanti.
Katanya mesyuarat khas itu bagi memutuskan semua perkara berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
“Termasuk tarikh-tarikh penting seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April.- Bernama

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.