Thursday, 28 April 2016

RAMKARPAL PENING PKR LAWAN DAP


 Perbalahan berterusan antara PKR dan DAP berhubung pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak bersetuju dengan perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu, di mana kedua-dua pihak enggan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.
“Terus terang saya katakan, pertandingan tiga penjuru antara ahli Pakatan sendiri sangat tidak wajar.
“Tetapi, saya rasa sampai ke tahap tertentu, rakyat telah dikecewakan oleh tindakan tidak bertanggungjawab itu.Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang kesal dengan isu itu, turut mengikut jejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang memohon maaf kepada rakyat.
“Apa pun, ia telah berlaku. Amat dikesali perkara sedemikian berlaku dan sudah tentu kami ada sebab tersendiri dan PKR juga mempunyai alasan mereka.
“Kami memohon maaf kepada pengundi Malaysia dan Sarawak, kerana tidak dapat memastikan pertandingan satu lawan satu.
“Tetapi apa pun, kami perlu teruskan,” katanya kepada FMT selepas menghadiri satu ceramah DAP, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan sebagai berkata, parti itu bersedia menarik diri daripada bertanding di kerusi Batu Kitang dan sebagai pertukaran, PKR perlu berundur daripada lima kerusi lain yang turut ditandingi DAP.
Bagaimanapun, PKR semalam menegaskan, mereka tidak akan menarik diri daripada enam kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, seperti yang dicadangkan sekutunya, DAP.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.