Friday, 1 April 2016

WOW...WAKIL AMARIKA JUMPA PARTI PAN...



Pegawai analisis Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mengunjungi ibu pejabat Parti Amanah Negara (PAN) di Kuala Lumpur semalam.


Pegawai berkenaan adalah Andrew Claster, Timbalan Ketua Analisis Presiden Obama telah mengadakan mesyuarat dengan dua pimpinan PAN iaitu Salahuddin Ayub dan Pengarah Strategi PAN, Dr Dzulkifly Ahamad.

“Mengadakan perbincangan dengan Andrew Claster, Timbalan Ketua Pegawai Analisis Obama di Wisma AMANAH malam ini,” kata Salahuddin dalam Facebooknya semalam.

Walau bagaimanapun, Salahuddin tidak menjelaskan butiran lanjut berkenaan perbincangan dengan wakil Presiden Amerika Syarikat itu.

Mengulas isu pertemuan itu, PASMA Malaysia mendakwa kunjungan wakil Obama itu ada kaitannya dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=29276

1 comment:

  1. amerika ini akan jumpa siapa saja jika akan dtg boleh betikan manfaaf kdp mereka, jadi perjumpaan bagini bukan satu isu besar yg perlu diviralkan

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.