Wednesday, 18 May 2016

ADAKAH INI CALON PAN KUALA KANGSAR ??? CALON PAS MANA...


adakah ini bakal calon pan di kuala kangsar ?

Sekiranya “ramalan”  tepat, “Pakatan (?) Harapan” mungkin akan menampilkan seorang bekas pimpinan tertinggi Pertubuhan Ikram yang telahpun menyertai Parti Amanah Negara (PAN) selepas meletak jawatan di dalam NGO tersebut pada bulan November 2015.

Beliau adalah Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli yang terkenal di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Ikram sebagai pakar strategi politik pertubuhan tersebut. 

Menurut sumber dalaman Ikram sendiri, Prof Termizi yang berasal dari Kuala Kangsar telah lama “berkampung” dan “berkempen” di kawasan Kuala Kangsar sejak meletak jawatan dalam Ikram dan menyertai PAN. Ahli-ahli Ikram Kuala Kangsar sudah pasti mengenal beliau.

Ini bukanlah kali pertama Ikram menghantar ahli-ahli atau bekas ahli-ahlinya bertanding di dalam PRU. Mantan Naib Presiden Ikram sendiri, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus sendiri pernah bertanding sebanyak 3 kali di Johor atas tiket PAS tetapi kalah pada ketiga-tiga PRU tersebut. Ustaz Hasanuddin sekarang adalah Naib Presiden PAN. Dan terdapat ramai lagi bekas ahli/pimpinan Ikram yang telah menyertai PAN serta memegang jawatan-jawatan penting di beberapa negeri.


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=29933&mode=thread&order=0&thold=0

2 comments:

  1. Sehebat manapun orang2 PAN pada pandangan logik mereka hanyalah dianggap Anjing Lapar oleh DAP. Tak kiralah gelaran PUM, lebai , datok Haji, tok guru dll...semuanya darjat pemikiran rendah dan rela jadi anjing lapar..

    Peranan Anjing2 lapar ini ialah untuk mendiamkan orang Melayu lain jika Kampong dan Rumah mereka diroboh untuk Projek Mega Komdo dan banglo rakyat China Taiwan dan Singapore..

    ReplyDelete
  2. Baguih calon Nampak muda nooo... janggut putih tapi rambut hitam rapi. Gang2 liberal.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.