Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Sani Mistam berkata, pembukaan kaunter bergerak pelbagai agensi itu bagi membantu golongan berkenaan mengakses kemudahan serta khid­­mat nasihat.

“Program itu julung kali diadakan sejak pusat berkenaan dibuka kira-kira dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mengadakan lawatan ke kaunter di sini.

Katanya, sebanyak enam agensi kerajaan terlibat dalam program itu antaranya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

“Terdapat lebih 15 agensi kerajaan turut menyatakan kesediaan bekerjasama dalam program pada masa akan datang.