Monday, 9 May 2016

DEMOKRASI SUBUR : PAN SEDIA TANDING 2 KERUSI PAS DI SABAK BERNAM DAN KUALA KANGSAR.



Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya akan membuat keputusan pada 15 Mei ini sama ada akan bertanding pada dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.


“Kita akan bincangkan perkara (bertanding dalam dua PRK) pada 15 Mei depan,” kata Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, ketika diminta mengulas tindakan PAS terlebih dulu mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mohamad berkata beliau masih menunggu keputusan rasmi mengenai kekosongan kedua-dua kerusi berkenaan.

“Kita masih lagi menunggu pengumuman rasmi dari kerajaan, kerajaan pun tak umum kekosongan jadi kita pun tak bincang langsung mengenainya tapi apa pun kita akan berbincang pada 15 Mei ini,” katanya yang juga mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Portal rasmi PAS, Harakahdaily, memetik ketua pengarah pilihan raya parti itu, Datuk Mustafa Ali, semalam mengumumkan PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu calon PAS hanya kalah tipis 399 undi di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar pula majoriti calon BN hanya kira-kira 1,000 undi.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.