Friday, 27 May 2016

JIKA PAS TAKUT PADA DAP/PKR/PAN... ELOK PIMPINAN PAS TERJUN SUNGAI !


kini semua mata memandang pas.

mata yang melihat bergantung pada lokasi pendirian politik masing masing.

sabtu depan , penamaan calon untuk dua prk akan berlangsung.  bermakna ada banyak telahan dan game pertanyaan mengenai apa siapa mengapa dan kenapa.

dalam konteks pembangkang, gap melihat isu dari sudut ini.

pas bertanding pilihanraya sejak 1959.
dap bertanding pilihanraya pada tahun 1969.
pkr bertanding pilihanraya sejak 1999.
manakala parti serpihan pas iaitu pan dijangka bertanding untuk 2 prk ini buat kali pertama.

dari segi senioriti, pas ternyata ke depan dan lebih berpengalaman dalam menghadapi proses pilihanraya.

perbandingan pertama sudah dijelaskan.

kedua dari sudut memerintah, pas dan dap terlebih dahulu merasai nikmat memerintah negeri.

pada pilihanraya 1969, dap sudah menghampiri untuk menjadi kuasa pemerintah di selangor. setelah kempen secara pesat dilakukan ditambah dengan tindakan 2 adun mca selangor melompat parti dan join dap, selangor tumbang ke tangan pembangkang.

cerita selepas itu semua pun tahu. bagaimana selangor terpaksa melepaskan kuala lumpur demi menjaga kepentingan orang melayu selepas keputusan pilihanraya 1969.

manakala pas pula lebih kuat cengkamannya bilamana pada tahun 1999 kelantan dan trengganu tumbang ke tangan pas. manakala di kedah situasi tidak menyebelahi bn.

pas hingga kini masih merasai nikmat panjang memerintah kelantan walaupun pada satu ketika iaitu pada 2004, pas pernah mentadbir kelantan dengan bermajoriti satu kerusi.

pkr mendapat habuan memerintah selangor pada 2008. kepelbagaian  isu dan momentum hindraf telah menyebabkan bn akhirnya tumbang ke tangan pembangkang.

situasi sekarang menjelang 2 prk ini menjanjikan banyak kejutan.

tak siapa pun boleh mendabik dada yakin mampu menang kerana dalam kertas percaturan dan andaian teori sedang ligat berlaku.

asal 2 kerusi parlimen ini adalah tandingan pas.

kini pkr pula nampak stim untuk merampas seat tradisi pas di sungai besar. setpol mb selangor, suhaimi shafie memberitahu pas patut berundur kerusi di sungai besar, menjelang pru 14 pkr akan pulangkan balik.

tambah settpol, jika tidak berkemungkinan pas akan hilang kedudukan strategik di selangor.

kedudukan strategik ? ia lebih menjurus kepada kedudukan exco pas di selangor.

senang cerita pkr dilihat cuba membuli parti pas di selangor dengan ugutan sebegini.

namun pada masa yang sama, pan pula berazam mahu masuk bertanding. 

jka diikutkan priority, pan sepatutnya perlu bertumpu untuk menjadi alternatif gantian kepada seluruh kedudukan dun/parlimen pas.

tiada masalah bagi pan kerana ia didokong oleh dap.

guan eng dan azmin sudah tidak mahu bersemuka sama sendiri lagi. ia berlaku sejak krisis perebutan kerusi pada pilihanraya negeri sarawak. pergeseran azmin guan eng melarat hingga guan eng memboikot program deklarasi anjuran azmin di selangor.

malah memburukkan keadaan, mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan harapan sudah mula menampakkan masalah bilamana guan eng dan azmin juga enggan hadir berdiskusi mencari konklusi.

pergeseran dalam pembangkang serupa kes tangan pukul muka tapi badan kena terajang.

lu kena...gua pun kena.

krisis pkr pula mewujudkan dan mula menyerlahkan semula perseteruan 2 pemimpin.

team A pkr diwakili oleh wan azizah, rafizi, saifudin nasution, izah, cekgu bad  dan rahim ghouse.

manakala team B pkr diketuai oleh azmin dan kumpulan baru nya.

team A balun azmin kerana azmin memilih tun berbanding banduan. tindakan ini sudah membakar jiwa nenek kipas dan penggemar kopi berantakan menahan amarah dalam penjara.

saat ini, kuasa dan wang ada ditangan azmin. 

percaturan penting dalam prk ini. salah catur berkemungkinan satu pihak akan keciper dan ianya boleh dijadikan bahan kempen troll lawan...

pan tak mahu kalah dalam pertembungan sulung.
pas tak mahu mengalah dengan status quo.
pkr pula mencuri peluang atas pergeseran pas dan pan.
dap pula enggan bersemuka dengan azmin.

jika ditanya gap mengenai kedudukan penentu undi cina, gap masih optimis pengundi cina tetap akan setia pada pembangkang.

persoalannya , pembangkang yang mana satu ?

pan yang didokong dap kah ?
pkr yang popular di selangor kerana azmin kah ?
atau pas kah ?

semalam hj hadi dalam parlimen telah membentang usul RUU persendirian ... ianya dibantah oleh dap dan di skeptikal kan oleh bekas pimpinan pas dalam pan.

dakwa mereka, sokongan ahli parlimen islam dari BN seperti memperlihatkan kewujudan 'persefahaman' umno dan pas.

hmmmm.... ni masalahnya. sebenarnya usul pembentangan RUU ini belum pun pergi jauh lagi. belum dibahas apatahlagi dilulus.

skeptikal ahli parlimen pan memperlihatkan aliran pemikiran liberal dan anti pada hak demokrasi untuk sebuah kerajaan sah di kelantan melaksanakan dan memperkuatkan bidang kuasa mahkamah syariah atas beberapa enakmen yang mahu diubah.

bukan ke patut kamu juga perlu menyokong ?

2 prk ini sebarang keputusan masih tidak merubah kerajaan pusat namun sebarang 'signal' keputusan itu tetap jugak membawa elemen marabahaya...

yang perlu dianilisis selepas keputusan, adalah tendency atau kecenderungan mood pengundi.

bahaya atau tidak terpulang pada pemikiran masing-masing.

kedua pihak mencatur bidak. pengundi selangor ni amat daring dan berani . 

mengapa gap kata pengundi di selangor berani dan daring ?

tahun 2006 prk ijok cekgu partibhan lawan kalid ibrahim. bn menang.  

namun selang 2 tahun, selangor tumbang.. pengundi selangor berani untuk decide..

semoga pas sedar mereka ini adalah singa dalam kedudukan pembangkang.

tak salah pun untuk pas lawan umno  dalam 2 prk ini... 

cuma yang salah kalau pas tarik hand brake dan tak bertanding untuk 2 prk ni pasal kena gertak dengan dap,pkr dan pan..!

kalau pas tak bertanding pada 2 prk ni, elok pimpinan pas ramai-ramai terjun sungai.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.