Monday, 9 May 2016

KEMENANGAN BN DI SARAWAK PERLU DI AMBIL FAKTORNYA.


prn sarawak 2011 antara yang paling menggusarkan kita. 

ia berkisar mengenai kelajuan dap cover hampir kesemua sudut taktikal dan isu dalam mempropagandakannya dalam pelbagai cara.

ceramah dap kemas aturannya.
poster, bahan kempen amat keras tulisannya.

jika di semenanjung, kisahnya dap akan bertembung dengan sekutu kita yakni mca.

namun di sarawak, dap akan berentap dengan supp.

selama ini mainan sarawak for sarawak dimainkan oleh dap dan pembangkang, satu cubaan yang cuba menyakinkan kononnya BN langsung tiada berfikir demi sarawak. tagline populis nampaknya sudah tidak termakan pujuk saat keputusan prn sarawak sabtu lepas menjelma.

sebenarnya adenan satem telah mematikan dap sejak tahun lepas.

adenan satem tahu PBB punyai kapabiliti untuk bertembung dengan calon pas, pkr atau bebas. ianya lebih melingkar pada kawasan bumiputra.

taktikal adenan seterusnya untuk bagaimana membantu rakan supp untuk berentap dengan dap.

solusinya melihat kepada permintaan yang berlegar di kalangan masyarakat mereka.

adenan satem sendiri meyediakan supp modal besar untuk bertarung dengan dap one by one.

kelulusan peperiksaan uec yang diumum oleh ketua menteri pada september 2015. rujuk 

ramai di semenanjung kaget dengan keputusan namun ianya tak perlu kerana di selangor dan penang sendiri pun kelulusan uec ini telah berjalan sepenuhnya di bawah pentadbiran azmin dan guan eng.

adenan satem mematikan awal langkah dap untuk cubaan mempropagandakan bahawasanya BN masih mengamalkan amalan tidak demokratik.

dong zhong yang merupakan 'lokasi penyatuan setempat'  orang cina pun memberikan sokongan kepada supp.

kit siang harus berfikir sejenak mengapa mereka kalah.

taktikal percaturan yang silap bilamana umum 11 lokasi dun ada pertindihan kerusi itu pun sudah memberi signal awal kelemahan 'mencorak' konsensus basic antara kawan.

perkara se asas begini pun mereka gagal membentuk satu pemikiran jadi bagaimana mahu untuk melayakkan diri menjadi pengganti alternatif sebuah kerajaan.

DAP HARUS AJAR PKR !

malahan ada rakan cina yang berkata, kow tow kit siang pada musuh tradisi siang malamnya kepada bekas perdana menteri tun m menyebabkan kit siang 'hilang' peratusan kewibawaan untuk lead isu di sarawak.

dalam politik , ada kategori penyokong totok.
pas ada totok,
umno ada totok
dap ada totok.

yang totok inilah sudah tawar hati pada tindakan kit siang.

di sarawak amalan dan toleransi sesama mereka amat tinggi.

maka dengan itulah, nilai ini terus dipertahankan oleh mereka dan menolak politik kasar bawaan dap n co dari semenanjung.

BN perlu terus uphold janji dan integriti di sarawak. tahniah bn dan ucapan takziah gap kepada seluruh anggota keluarga yang mana terlibat dalam insiden helikopter tempoh hari.

semoga ALLAH SWT menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang soleh. amin . 


No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.