Thursday, 12 May 2016

PAS CUBA HALANG HAK PARTI PAN UNTUK BERTANDING !



PAS hari ini menggesa pembangkang lain tidak meletakkan calon mereka di dua pilihan raya kecil (PRK) yang bakal berlangsung di Selangor dan Perak.



Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan hanya memberi peluang besar bagi BN menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Sesungguhnya, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini bukan medan nak tunjuk hebat hingga yang kalah jadi abu menang jadi arang – melainkan ada yang memang bercita-cita sedemikian,” katanya.

Pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad memberi gambaran akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, PAS dan BN di Sungai Besar.

Pilihan raya itu harus diadakan susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter semasa kempen pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menegaskan PAS akan bertempur habis-habisan terhadap BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana Kedua-dua kawasan parlimen itu kerusi tradisi mereka.

2 comments:

  1. Terus suburkan demokrasi. Hak tetap hak kepada setiap parti untuk bertanding. Jangan cuba sekat parti lain yang bukan sahabat untuk mencuba nasib. Selamat bertanding dengan jujur kepada umno, pas, pan, bebas dan dialu-alukan juga kepada dap jika sudi.

    ReplyDelete
  2. Tuduhan baru terhadap ex-banker dalam kes 1MDB.
    Tuduhan baru dari akhbar Singapore Straits Times, bertarikh Jumaat, May 13th 2016.
    1. Former Penjawat Pengurus Harta dari BSI (Bank of Swistzerland Investment) Yeo Jiawei,
    2. US $ 11.95 juta telah di pindahkan dari anak syarikat 1MDB sudah di telan oleh syarikat yang di kuasai oleh Low Taek Jho yang terkenal dengan nama Jho Low.
    3. Jho Low adalah anak kelahiran dari Pulau Pinang. Prossecutors menambah, Yeo Jiawei,33 tahun, berperanan besar dalam menyembunyikan wang individu yang terlibat.
    4. Yeo dituduh memberi jalan pemindahan wang dari SRC International (Malaysia) ke “Affinity Equity International partners” dimana syarikat in dikuasai oleh Jho Low associate Tan Kim Loong.
    5. Lagi satu pemindahan wang menerusi Harbor Global Fund, Yeo menipu tanda tangan satu rujukan surat kepada Pengetua Citigroup anti-money laundering (anti-pengubahan wang haram) dan sekatan pematuhan kepada Negara Eropah, Timur Tengah dan Afrika untuk mempengaruhi bank mempercayai surat ditanda tanganinya dibawah penguat kuasa BSI Bank Singapore.
    6. 7 tuduhan baru Yeo sudah diketahui.
    7. Kwek Mean Luck, Second Solicitor-General Singapura mengatakan “membukakan penyiasatan baru kehadapan”. Penyiasatan sudah kepuncak peringkat kritikal menemui pendekatan pusat sulit dalam laman merentas bidang jenayah pemindahan wang… wang asal yang dipindahkan dan wang principals yang di pergunakan oleh Yeo.
    8. Ada lagi beberapa tuduhan dalam akhbar yang tidak aku tuliskan.
    9. Sekarang Yeo dalam tahanan seminggu lagi.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.