Friday, 27 May 2016

PROGRAM PERMATA MELETAKKAN KEPENTINGAN TERKINI DALAM PENDIDIKAN AWAL .


siapa sangka program permata kini sudah mencecah usia 10 tahun.

siapa sangka program permata ini telah menyentuh hampir 25 ribu kanak-kanak di malaysia dengan hampir 800 pusat latihan permata sedang beroperasi.

sebenarnya program permata ini telah mewujudkan satu kaedah dan sistem baru dalam pembelajaran awal kanak-kanak dalam usia se awal 4 tahun.

ia adalah konsep fun learning, lebih tertumpu mewujudkan minat kanak-kanak pada subjek pembelajaran yang diminati.

ramai salah sangka program permata ini lebih tertumpu pada koir dan bakat seni semata-mata sedangkan banyak lagi cabang dan aliran minat menjadi program utama skop pendidikan permata.

program STEM misalnya mewujudkan minat kanak-kanak pada pembelajaran sains,teknologi matematik dan kejuruteraan.

ada program permata ( permata insan ) juga fokus mendidik kanak-kanak dalam pembelajaran islam dalam al quran dan sunah .

permata mengajak kanak-kanak untuk tidak terlalu fokus pada konsep pembelajaran dan budaya hafalan. priority memupuk minat dan mencipta suasana fun learning program sebenarnya lebih berupaya mengekalkan keseronokan kanak-kanak dalam pembelajaran.

kewujudan permata sekurang-kurangnya meletakkan puluhan ribu anak-anak kita tidaklah ketinggalah jauh dari sistem pendidikan swasta yang lebih mahal dan majunya.

bukan semua ibu bapa punyai kemampuan menghantar anak ke pusat pendidikan swasta dan permata sekurang-kurangnya meletakkan standard dan par yang sesuai dengan kemampuan dan kehendak semasa pembelajaran awal kanak-kanak.

program permata tidak fokus pada golongan biasa, anak-anak istimewa yang mengidap autisme juga mendapat perhatian utama skop program permata.

kemasan dalam urus tadbir dan priority utama skop permata menyebabkan permata bakal mendapat anugerah global good governance di dalamm kategori 3G children welfare.

syabas pada kesungguhan permata !

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.