Wednesday, 8 June 2016

FITNAH RAFIZI DI BULAN PUASA : ROSMAH DAPAT PAHALA LAGI..



Untuk pengetahuan Rafizi Ramli, Program Permata Negara adalah sebuah projek kerajaan di bawah Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri dan Isteri Perdana Menteri DSP Rosmah Mansor merupakan Penaungnya. Program Permata Negara adalah cetusan ilham beliau.

Menjawab persoalan Rafizi Ramli perjalanan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul tidak dilaporkan dan tidak diketahui, ingin saya jelaskan belum pernah berlaku dalam mana-mana berita melaporkan aturan perjalanan seseorang kenamaan kecuali berita mengenai aturcara lawatan.
Maka, saya ingin menjawab soalan-soalan yang ditujukan Rafizi Ramli,

SOALAN 1.

Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

JAWAPAN

Kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut khusus untuk Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. 

Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil. 
  
SOALAN 2. 

Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?

JAWAPAN

Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan untuk sementara (2 bulan) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.

SOALAN 3. 

Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

JAWAPAN

Pesawat tersebut adalah pesawat gantian Kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pengkalan Udara Subang. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah Isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak. Kita tidak memerlukan lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian. 

Satu sahaja soalan saya untuk YB Rafizi pula, siapakah penternak ikan yang dimaksudkan oleh Latifah Koya?


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/06/gurauan-terbaru-rafiziramli-ds-rosmah.html#wLgJkc2PVFplWI3l.99

3 comments:

  1. Assalam GAP,
    Kesemua soalan yg di tanya tidak di jawab.
    Baca dan fahamkan jawapan yg di berikan.

    Lari drp tajuk hingga boleh kata soalan mcm itu tak boleh di berikan oleh lepasan mckk.

    Janggal sungguh!

    Pengundi Seksyen 2.

    ReplyDelete
  2. Walaupun sekarang bulan puasa, Lapiji suka sgt serlahkan kebodohan

    ReplyDelete
  3. melayu ni kan suka dengki...kalau projek permata tu gagal...suka la sisutung tu.
    agak apa yang membanggakan negara sisutung tu dah buat?

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.