Tuesday, 7 June 2016

KALAU TAK BUAT SALAH.....


1 comment:

  1. Dalam isu hudud, ada pihak yang melihat ke arah aspek menghukum.

    Saya bukannya menentang hudud, kerana hudud itu undang-undang Allah, tetapi kena lihatlah aspek-aspek di sekeliling masyarakat sebelum hudud di laksanakan.

    Sepatutnya, sebelum hudud dilaksanakan, unsur-unsur pencegahan perkara-perkara yang mengundang maksiat perlu dikuatkuasakan seperti kod etika pakaian, larangan umat Islam bekerja dan masuk berhibur di kelab malam, peraturan jualan judi di mana penguatkuasaan larangan jualan judi kepada umat Islam.

    Dalam isu kod etika pakaian, apakah yang dilakukan oleh pihak pemerintah dan parti pembangkang untuk mengawal pemakaian masyarakat supaya lebih sopan dan berakhlak?

    Dalam isu pusat hiburan, ada ke mana-mana pihak samada di pihak kerajaan atau pembangkang yang mengambil berat untuk melaksanakan peraturan bagi mencegah umat Islam memasuki atau bekerja di pusat hiburan yang aktivitinya terlibat dengan perkara-perkara maksiat?

    Dalam isu judi, apakah tindakan kerajaan untuk menghalang kedai-kedai judi daripada menjual judi kepada umat Islam? Memang ada papan tanda larangan judi adalah haram di sisi Islam di kedai judi, tetapi apakah tindakan kerajaan terhadap pekedai-pekedai judi yang masih menjual judi kepada umat Islam?

    Setakat apa yang saya nampak adalah tiada tindakan terhadap mana-mana pekedai yang menjual arak atau judi kepada umat Islam, hanya umat Islam sahaja yang didenda dan dihukum kerana minum arak atau berjudi, tetapi tokey-tokey kedai judi dan penjual arak tidak pula dikenakan apa-apa tindakan, mengapa terjadi sebegini?

    Sepatutnya semua pihak samada di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang bertegas dalam isu ini, mana-mana pekedai arak atau kelab malam yang menjual arak dan membiarkan umat Islam memasuki premis mereka akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa, begitu juga dengan pekedai judi yang menjual judi maka kedai judi dan tokeynya itu hendaklah dikenakan tindakan tegas kerana menjual judi kepada umat Islam.

    Tetapi adakah pemimpin-pemimpin politik beragama Islam di negara ini mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyelamatkan akidah umat Islam dari hancur atau hanya lebih suka beretorik dan menggunakan isu seperti hudud untuk menarik undi?

    Jika pemimpin beragama Islam sendiri tidak serius untuk mencegah masalah di peringkat akar umbi, tak payahlah nak nak beria bagai pasal hudud atau itu dan ini, pemimpin yang beragama Islam ini perlu cermin diri mereka dahulu, apakah mereka layak sebagai pemimpin atau hanya gilakan kuasa sebagai pemimpin sahaja?

    Kalau ada yang nak tuduh saya sekular atau sebagainya, terpulanglah, tapi sebelum nak tuduh tu, baca apa yang saya nukilkan ini dengan teliti dan buatlah analisis dengan mendalam, lepas tu barulah hakimi tulisan saya ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.