Friday, 10 June 2016

PINDAAN AKTA 355 DAN RUU PERSENDIRIAN : GAP JUGA SOKONG 100%...


pindaan ini sebenarnya bertujuan untuk memperkuatkan lagi kuasa mahkamah syariah...

baca sokongan NGO terhadap perkara ini.


Lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersepakat membentuk sekretariat khas Akta 355 bagi menyokong dan memastikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei lalu, diluluskan.


Serentak itu, persetujuan bersama juga telah diputuskan menerusi perbincangan meja bulat, melantik Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya sebagai ketua sekretariat tersebut.

Malah anggota sekertariat yang diwakili oleh barisan NGO juga bersetuju bahawa pembentukan jawatankuasa khas itu berfungsi sebagai penyelaras dalam konteks mempertahankan Akta 355.

Perbincangan juga bersepakat bahawa pindaan Akta 355 tidak menyentuh orang bukan Islam di Malaysia mahupun mempunyai kaitan dengan pelaksanaan undang-undang hudud.

“Jadi, orang bukan Islam tidak perlu gusar atau bimbang dengan apa yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini. Itu tidak melibatkan mereka, ia hanya melibatkan orang Islam.

“Mereka tiada hak untuk mencampuri urusan orang Islam dan agama Islam,” kata Aminuddin kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang lanjut pada mesyuarat sekretariat yang dijadualkan minggu hadapan bagi merangka semula usaha dalam memastikan tujuan penubuhan jawatankuasa Akta 355 itu dilaksanakan.


Antara NGO yang hadir ialah MUAFAKAT, Pro Muslim, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.