Monday, 25 July 2016

KENYATAAN SPRM DAN HJ HADI


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan ruang kepada orang asing untuk mula campur tangan dalam urusan negara ini. 



Dalam nada tegas beliau berkata, seperti rakyat lain, beliau sendiri mengharapkan agar siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjalan secara telus dan adil.

"Apa yang penting kes mesti disiasat dengan adil dan telus oleh kita sendiri. Jangan sampai orang boleh campur hal kita dan kalau itu berlaku, itu silap kita sendiri.

"Sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bercuti atau berhenti itu bukan urusan saya. Kita mahu ambil alih kerajaan secara demokratik dan bermoral," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Kira-kira 15,000 orang mengunjungi majlis tersebut yang dihadiri kesemua pimpinan tertinggi Pas termasuk Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man serta Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

KENYATAAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, SPRM memberitahu kedua-dua pihak mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini.

“Berkaitan kerjasama yang dinyatakan, ia tertumpu kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, pada Khamis, pihak 1MDB menafikan syarikat itu berdepan saman sivil oleh kerajaan AS dan menegaskan ia tidak mempunyai aset di negara itu atau mendapat manfaat daripada pelbagai transaksi.

2 comments:

  1. Amerika tak masuk pon yang disiasat apa yg berlaku disana,tu pon tak tau ke macam duit bebillion ada kat mereka yang terlibat tak semua nya hadiah dari bapak.

    ReplyDelete
  2. Ini lagi satu Alim ULARmak bongok!!!

    Entah2 da makan dedak tak??!!!

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.