Monday, 18 July 2016

ISU TOL LPT 2 : BILA PAS SPIN SALAHKAN RAZIF DAN KERAJAAN.


isu tol LPT2.
berkuatkuasa bayaran tol pada 15 julai 2016.

LPT2 ini bermula dari karak ke telemung.
jumlah bayaran tol dari karak ke telemung adalah RM43.30.

telemung adalah perhentian dan perjalanan terakhir LPT2.
dari tol telemung ke kuala trengganu, ambil masa 10 min aje.

lepas telemung tiada lagi highway, iaitu pembinaan terus ke kota baharu sejauh 140km...

ok..

sebelum LPT2 ini beroperasi sepenuhnya, orang dari KL yang ke kuala trengganu TERPAKSA ikut jalan lama iaitu masuk kuantan-cherating-kemaman-kertih-kijal-paka-marang-chendering-kuala trengganu.

jalan lama ni orang panggil jalan pantai, pasal ia menelusuri jalan pantai yang cun.

inilah dia jalan dan satu-satunya jalan orang nak ke kuala trengganu.

dulu, jalan lama ni sempit. amat sempit bila orang nak balik cuti.

bila LPT2 siap sepenunhya, pengguna ada alternatif untuk direct dari karak ke kuala trengganu tanpa menggunakan jalan pantai di atas.

bila ada tol, perlu ada bayaran.

di jakarta, pelabor dari china pun melabor buat lebuhraya dan diizinkan oleh jokowi untuk dikenakan tol.

semalam pemuda pas macam biasa spin cerita untuk dijadikan sisir negatif LPT2.

dakwa mereka...

lebuhraya LPT2 jalannya beralun.
betul ke sepanjang jalan itu beralun wahai pemuda pas ?

hakikatnya jalan beralun ini dah semakin kurang peratusan adanya. gap selalu ulang-alik sana dan punyai konpiden pembaikan berterusan jalan ini dalam mengurangkan elemen beralun.

takde masalah sebenarnya.

dakwa pemuda pas lagi..

binatang masuk highway... ini adalah persoalan amat subjektif dan sukar diramal. namun jika kita melalui LPT2 ini, memang sudah banyak kedapatan  banyak penghadang dan pagar dibina bagi mengelak risiko kemasukan binatang.

dakwa pemuda pas lagi..

LPT2 ini MEMBEBANKAN PENGGUNA DAN ZALIM... untuk menguatkan hujah ZALIM UMNO pada rakyat, maka pemuda pas nostagiakan penutupan tol jambatan sultan mahmud sehari selepas pas memerintah trengganu pada 1999.

penggunaan perkataan zalim ini sekadar hujahan yang cuba membawa elemen menipu pembaca.

LPT2 dah siap.

manakala jalan lama dari kuantan ke kuala trengganu pun sudah dilebarkan jalannya menjadi 4 lorong.

pengguna ada alternatif samada mahu menggunakan LPT2 atau jalan lama.

kedua lebuhraya ini sama luasnya, 4 lorong.

kedua lebuhraya ini view memang cantik, satu tepi pantai satu lagi bukit bukau.

jarak perjalanan hampir sama.

jadi sebagai orang nak perjuang islam, seharusnya pemuda pas perlulah cakap terus terang. 

isu pelaboran kerajaan trengganu dalam pembinaan LPT2.
ini gap tak berapa tahu. elok kiranya ahmad razif perjelas dengan lebih kemas isu ini sebelum dijadikan modal pas untuk pru 14.


ps; orang akan kenal pas perintah trengganu 1999-2004 untuk dua isu aje. tutup tol jambatan sultan mahmud dan tutup kemas..yang lain haprak ilek.. 24 jam ceramah .

3 comments:

  1. Biasalah tu, pas ni pandai ngomen n bantai org je... dia org bukan pandai buat keja pun... pandai cakap je... masa perintah Terengganu berapa banyak anak syarikat kerajaan negeri kena jual... sekadar hapus tol jambatan yang bayarannya RM0.50 satu hala, apa nak dibanggakan...

    ReplyDelete
  2. Assalam Gap,
    Agak lama aku tak komen kau.

    Isu LPT2 adalah isu yang sepatut di ambil kira terutama tentang keselamatan pengguna lpt2.

    Aku adalah orang yg hampir setiap minggu berulang alik drp shah alam ke ajil sejak 2014.

    aku boleh detail stretch mana yg bahaya kepada pengguna lpt2. tapi sebelum tu..ayat mu " hakikatnya jalan beralun ini dah semakin kurang peratusan adanya. gap selalu ulang-alik sana dan punyai konpiden pembaikan berterusan jalan ini dalam mengurangkan elemen beralun." ini aku patut komen.

    Makluman pembaca blog, selepas exit jabor, ada cheneh, chukai kijal, kerteh, paka, dungun, bukit besi, ajil, telemung dan k terengganu. exit k terengganu adalah yg terakhir sekali di mana pengguna boleh ke k terengganu hingga manir jika mahu ke bandar atau ke permaisuri jika mahu ke k bharu.

    jalan yg paling beralun adalah antara jabor ke cheneh, chukai ke kijal dan kijal ke kerteh..di kedua dua arah.

    memang jalan telah di baiki tetapi jalan tetap mendap.

    jika hujan air akan bertakung di tengah jalan dan mana2 kenderaan yg melebihi 100km/j berkemungkinan kemalangan adalah tinggi. sebab tu lpt 2 memperingatkan pandu perlahan ketika hujan.

    pernah di depan mata, 6 sekeluarga menaiki toyota camry maut langgar belakang lori sewaktu hujan renyai2 akibat drp jalan tidak rata.

    aku pernah nampak 2 ekor beruang semasa nak masuk highway lpt 2 di kuala dungun..insiden ni berlaku selepas insiden kereta langgar harimau di lpt2.

    apa pemuda pas nak bagitau adalah hakikat. tapi pembayaran tol kena di buat walau setuju atau tidak. ini aku tak setuju dgn pemuda pas.

    pada aku, tangguh dulu pembayaran tol atau sekurang2nya educate rakyat terengganu guna lpt2.

    aku pernah drp ajil balik ke chukai lalu lpt 2, rata2 yg memecut adalah orang terengganu yg bawak myvi dan axia dan kebanyyakkan adalah wanita.

    bukan aku nak kondem tapi, mereka2 ini tiada pengalaman bawak di highway especially lpt2. masuk tol terus pecut. konon nak sampai cepat.

    nak tangguh dah terlambat sebab duit dah kutip..tapi belum terlambat educate mereka2 ini.

    itu sahaja drp aku..



    ReplyDelete
  3. Kalau nak salahkan razif aku rasa tindakan bodoh. Razif jd mb terkemudian dpd rundingan dan proses pembinaan lebuhraya tersebut. LPT2 adalah tertakluk kpd perjanjian asal tentang kutipan tol dsb. Maknanya mb sebelum itu yg terlibat memeterai perjanjian. Knp pemuda pas tak kaji dulu perkara ini sblm buat tuduhan dan kritikan. Org muda otak patutnya fresh, bukan lembab spt yg ditunjukkan...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.