Monday, 8 August 2016

GAP UCAP SELAMAT BERSIDANG PADA SEMUA BAHAGIAN UMNO..


mulai semalam hinggalah ke bulan september ini, seluruh bahagian umno akan bersidang.

gap sekadar memberi pandangan akan beberapa perkara yang perlu dibahas dan wajarlah dijadikan priority umno bahagian menuju pru 14.

pertama bukak balik score sheet keputusan pru 13 untuk parlimen dan dun. kaji bagaimana nak kekal majoriti. kaji bagaimana nak ambil majoriti..

banyak kali gap dengar macamana nak menang gap oi..majoriti dorang ada yang besor gila.. boleh ke ? ini lepas pru 13.

soalan majoriti ini pernah ahli pas bisik kat gap tahun 1995.. macamana pas nak menang oiii.. umno punya majoriti puloh ribu.. 

satu soalan yang sama... di soal pada tahun berbeza oleh kumpulan yang sama.. umno dan pas...

analisis lah pergerakan majoriti parlimen dun ikut pru...kerja wajib kuat kalau penyusutan ketara berlaku.. kerja perlu kuat jugak untuk kekal yang ada..

pengundi sukar dijangka..

prk ijok 2007 BN menang besar , tapi selang beberapa bulan BN boleh tumbang kat selangor..

learn..learn..

memerhati pergerakan lawan jugak penting. 

kaji kat mana lompong kat mana kekuatan.

kekalkan relationship pada yang menyokong dan harus ada ide bagaimana mendekati yang tidak memangkah..

kita tak harus malu untuk belajar bagaimana dap mampu 'menarik' sokongan pengundi.

sepertimana contoh, bekas speaker dun selangor yb teng chang kim.

dia bergerak tahun 1999, 2004 tanpa ada sokongan luar biasa daripada kewujudan cawangan yang banyak.

dia pernah jadi adun sungai pinang, yang majoritinya ada pengundi melayu dan cina yang ramai. dia menang kerana dia ' sentuh' penduduk dalam pelbagai kumpulan yang berlainan.

gap perhatikan move dia sejak 1999, memang menarik dan pandai dia mencelah dan placing tempat.

dalam keadaan ( 1999 dan 2004 ) dia cuba diterajang keluar dari menjadi ahli dapsy dan kemudian CEC pusat oleh puak kit siang, teng chang kim terus maju dan menang.

umno tidak harus malu untuk ambil siri-siri bagaimana pembangkang boleh kuat...

terutama untuk umno di selangor.. 

selamat bersidang..

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.