Sunday, 7 August 2016

PAN SELANGOR KOMITED AMIK SEMUA KERUSI PAS DI SELANGOR.. SYABAS PAN !



 PAN Selangor enggan mempedulikan dakwaan PAS berhubung PKR dan DAP tidak mahu menyerahkan kerusi kepada mereka untuk memberi laluan bertanding Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).


Sebaliknya menurut Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim, parti itu tidak akan meminta kerusi daripada sekutunya tetapi mahu bertanding dikesemua kerusi PAS kerana menyifatkan penubuhan Amanah adalah untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan (PH).
 
"Selagi status sekarang ini tiga parti (dalam Pakatan Harapan) maka selagi itu kerusi yang kita (Amanah) akan bertanding adalah kerusi mana PAS bertanding. Itu adalah keputusan Amanah kecuali ada perubahan barisan pembangkang. Tapi kalau setakat hari ini tiada perubahan, itulah dia.
 
"Kita tidak tahu lepas ini bagaimana. Sekiranya PAS putuskan untuk menyertai Pakatan Harapan, kami kena bincang semula bersama tiga komponen yang ada sebab dia parti mendatang, baru nak masuk (Pakatan Harapan)," katanya kepada Antarapos.
 
Izham berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Rani bahawa beberapa wakil rakyat DAP dan PKR rata-ratanya enggan melepaskan kerusi masing-masing untuk diserahkan kepada Amanah.
 
"Dr Rani tidak ada jawatan dalam parti, jadi dia bercakap atas dasar peribadi sebagai ADUN tidak ada kuasa langsung. Dia bertanya begitu sahaja kalau kita jadikan itu sebagai hujah ia tidak membawa apa manfaat sebab dia tidak ada kuasa pun untuk bercakap. Pandangan itu hanya pandangan peribadi dia, dan pemimpin DAP dan PKR mana yang beliau tanya?" katanya. 
 
Keengganan PAS untuk menyertai PH katanya menyukarkan perbincangan antara pembangkang, apatah lagi sebelum ini Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada membuat kenyataan akan bertanding dikesemua kerusi pembangkang termasuklah kerusi DAP.
 
"Apa-apa kerusi yang kita bincang, kami akan bincang sebab kami dah jemput PAS masuk (sertai Pakatan Harapan) tapi dia tak nak masuk. Jadi apa yang dia (Dr Rani) sibuk tentang kerusi. Lagipun (Datuk Seri) Hadi sudah cakap akan bertanding di semua kerusi termasuk kerusi DAP, jadi PAS tidak ada ikatan dengan kita. 
 
"Jadi PKR akan bertanding di kerusi mereka. DAP akan bertanding di kerusi mereka, jadi yang tinggal kerusi PAS yang kami ganti dalam Pakatan Harapan. Jadi kerusi (PAS) kami akan bertanding. 
 
Umum mengetahui kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih lagi meneruskan kerjasama dengan PAS demi kelangsungan pentadbiran negeri itu.
 
Justeru Izham menggesa agar PKR memutuskan mengenai perkara ini bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru seperti mana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Jun lalu.
 
"PKR kata minta bincang dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru, (Amanah Selangor) tidak ada masalah, tapi apa-apa keputusan PKR kena bawa masuk dalam mesyuarat PH untuk dibincangkan bersama DAP dan Amanah. 
 
"Sebab kita memang sudah tandatangan perjanjian bersama. Jadi PKR boleh bincang apa pun dengan PAS tapi akhirnya keputusan mesti dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan dimana Amanah adalah anggotanya. PAS tidak jadi anggota dalam gabungan. Persetujuan mesti dicapai disitu," ujarnya lagi.

4 comments:

  1. Tu la dia karekter baruah2 yg dicari oleh dapigs. Cakap berdegar degar kurang ajar dan biadap. Menghina parti PAS. Sekurang kurangnya, PAS tu telah memenangi banyak kerusi dan memerintah beberapa negeri. PANtat dah menang satu kerusi ke?
    Budak hingusan kurang ajar dan biadap. Ini lah budaya yg diajar oleh apek2 tongsan!

    ReplyDelete
  2. Cakap je bergegar...penyokong blh bilang dgn jari...hrpkan sokongan dap.

    ReplyDelete
  3. Ahhh.... rasa2 nya kalau PAN nak sapu semua mangkuk hayun di Selangor oleh capai 100%. Kerusi tu tak payah lah....Standard PAN hanya mangkuk hayun sahaja.

    ReplyDelete
  4. Pan suka cakap besar. Sokongan rakyat tak seberapa. Pemimpinnya semakin luntur dlm moral berpolitik. Siapa nak sokong parti mcm tu.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.